Tercari-cari resipi ayam yang sedap dan lembut, apa kata anda cuba resipi ayam kukus ini. Lain dari yang lain. Memang superb!

Resipi perkongsian Shedo Priorita dengan isi ayam yang lembut dan perapan bahan yang buat isi ayam jadi lagi sedap ini mama kena cuba. Sedap!

Resipi Ayam Kukus Superb, Isi Lembut & Sedap, Bertambah Makan Nasi Panas-Panas!


Nak share resepi rekaan mak sy Cik Yam. Masa zaman kolej dulu selalu la bawak pergi kolej sampi habis belajar pun kawan-kawan duk teringat lagi.

Kalau tetamu mari pun duk hidang menu ni la. Masa rebus tu bau semerbak. Bahan semua meresap dalam ayam. Ayam sangatlah lembut. Lepas makan pakat kabo nampak biasa je tapi rasa luar biasa.

Saya share resepi di bawah ye. Doakan mak saya Mariam dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Resepi ayam kukus cik yam
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 3 ulas
Halia 1 inci dan lada hitam
(Tumbuk semua bahan ni)

Kicap manis
1 batang serai
1 helai daun pandan
1/2 sudu sos ikan
Garam dan gula
Sedikit sos tiram

IKLAN

Resipi Ayam Kukus Superb, Isi Lembut & Sedap, Bertambah Makan Nasi Panas-Panas!

Masukkan kicap manis supaya warna gelap.

Masukkan ayam dalam periuk letak air sampai tenggelam separuh ayam je. Kalau air banyak sangat takut ayam hancur. Masukkan serai 1 batang dan daun pandan 1 helai.

Kemudian masukkan bahan ditumbuk.

IKLAN

Masukkan sos ikan 1/2sudu, garam, gula dan sos tiram. Kacau rata. Jangan letak banyak gula or garam sebab nanti kuah pekat jadi masin.

Resipi Ayam Kukus Superb, Isi Lembut & Sedap, Bertambah Makan Nasi Panas-Panas!

Rebus ayam sampai kuah tinggal sikit dan pekat.

Hidangkan bersama bawang goreng. Kalau ada cendawan shiitake letak la sekali.

IKLAN

Kuah tu kuah dari rebusan ayam tu. Sebab ayam rebus sampai tinggal kuah sikit dan pekat.

Resipi Ayam Kukus Superb, Isi Lembut & Sedap, Bertambah Makan Nasi Panas-Panas!

P/s: Ramai tanya, ayam tu digoreng ke. Warna ayam tu hasil dari ayam yang direbus. Kuah tinggal sikit dan pekat macam dalam mangkuk kecil tu. Jangan lupa terbalikkan ayam masa rebus untuk dapatkan warna yang cantik dua-dua belah side.

Nak cantik kejadian rebus guna periuk non stick. Kot ada yang pelik. Ayam ni teknik masakan dia rebus tapi dinamakan ayam kukus sebab asalnya ayam kukus tapi mak saya tukar teknik masakan kepada rebus sampai tinggal kuah sikit dan pekat supaya rasa tu lebih meresap dan ayam lagi lembut dan ayam akan rasa macam caramel.

Menarik: Pandainya Dia Kena Agah Dengan Ibu, Senyuman Anak Kedua Siti Nurhaliza Buat Ramai Cair

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI