Sesekali terasa nak ubah selera. Dah selalu sangat makan lauk kampung, jadi mahu sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan mudah untuk dimasak. Resipi ayam butter sauce ni memang sedap, sesuai dinikmati dengan nasi ataupun kentang lecek.
Nak buat pun senang, boleh ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Mawar Silalahi menerusi grup Masakan Berpuaka ni;
Chicken Breast Butter Sauce
Hari ni jom masak chicken breast butter sauce, dada ayamnya memang lembut, simple dan sedap.
Bahan-bahan: 2 keping dada ayam 6 sudu besar sos Worcestershire 2 ulas bawang putih 1 sudu kecil lada hitam 1 sudu besar serpihan cili merah 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar tepung perasa 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar mentega masin
Cara memasaknya: – Potong dada ayam menjadi nipis, saya potong kepada 4 bahagian. – Pindahkan dada ayam ke dalam mangkuk dan rendam dalam kicap Inggeris selama 10 minit. – Bawang putih dicincang kasar, pindahkan ke dalam mangkuk masukkan lada hitam, serpihan cili merah, sos tomato, sos tiram, kemudian gaul rata. – Sediakan bekas besar, campurkan tepung perasa dan tepung jagung kemudian salutkan bahagian dada ayam dengan tepung. – Dengan api sederhana panas, panaskan minyak masak secukupnya kemudian goreng dada ayam hingga kekuningan luar, toskan. – Dengan api sederhana, cairkan mentega kemudian masukkan sos, masak sambil dikacau cepat sehingga sos sebati dengan mentega. – Masukkan dada ayam goreng dan gaul rata bersama sos.
Mudah sangat nak buat menu ni, rasanya pun sedap dan tidak terlalu muak kerana ada lada hitam dan chilli flakes di dalam resipi. Untuk buatkan menu ini sekiranya sedang berpantang, bolehlah elakkan cili.
Ads
Cukup sekadar menggunakan lada hitam saja. Selain menggunakan dada ayam, sekiranya mahukan bahagian yang berlemak dan lebih juicy, bolehlah gunakan bahagian thigh.
Kek oren sunquick sebenarnya sudah dibuat oleh kebanyakan mak-mak kita sejak dulu lagi. Kalau yang biasa makan, mesti tahu kesedapan dan kegebuannya. Malah ia tak muak walaupun dimakan banyak kali.
Rasanya yang masam manis dengan bau yang wangi dari air buah oren tu menambahkan lagi rasa sedap kek ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini boleh anda cuba.
Kek yang tak jemu di makan, kek oren. Kat bawah cikza sertakan resepi mana yang ingin mencuba. Cik za halalkan.
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula pasir
1 biji oren ambil airnya.
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi. Jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak
sedikit garam
1 penutup esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara:
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick, garam, masukkan minyak.
Pukul sebati, masukkan tepung dan pukul perlahan. Dah sebati tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit planta dan dilapik kertas.
Bakar dengan suhu 160 selama 1 jam. Api atas bawah. Cikza guna loyang 8×8.
Sebab Cikza gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
**Untuk mama yang kesuntukan masa pun, elok sangat buat kek ini sebab semua bahan sangat mudah dan tak renyah untuk penyediaannya.
Juadah kerabu antara yang menjadi pilihan ramai. Menu simple tetapi kaya dengan pelbagai rasa yang sedap. Masam, manis, pedas semua cukup rasa. Dalam pelbagai pilihan menu kerabu, ada satu menu kerabu yang paling digemari iaitu kerabu kerang atau colek kerang.
Nampak mudah tetapi membuat juadah ini memerlukan rencah yang betul, baru menjadi. Jadi, jom kita tengok resepi dikongsikan oleh Masliana Ibrahim.
Semalam punya menu. Namanya COLEK KERANG. Colek kaki ayam biasalah. Saya kongsi resepi colek, mudah sangat. Biasa colek ni aspirasi menu Thai lah kot naa.
1 kilogram kerang
1 inci belacan di bakar
1/2 biji lemon di perah
2 pokok ketumbar di potong akar
2 biji bawang merah dimayang biasa
4 biji cili padi
6 biji tomato kecil dipotong dadu
2 batang serai di ketuk
1/2 gelas air asam jawa
1/2 mangkuk ais dan air
Sedikit garam dan nisang ori (gula melaka) – secukup rasa
Cara-caranya:
1️⃣ Cuci bersih kerang dan rebus bersama serai ketuk tadi.
Rebus hingga masak. Kali ni rebus tanpa air sebab kerang akan mengeluarkan airnya sendiri.
2️⃣ Kerang yang siap rebus tadi dimasukkan ke dalam semangkuk ais kejap untuk mengekalkan kesegarannya.
3️⃣ Angkat dan tanggalkan sebelah cengkerangnya. Letak semangkuk.
4️⃣ Cili padi dan belacan bakar tadi ditumbuk bersama. Sederhana lumat pun dah memadai.
5️⃣ Campur semua bahan tumbuk ke dalam air asam tadi. Masukkan satu persatu dan gaul rata.
7️⃣ Siram semua di atas kerang tadi dan sebatikannya. Kali ni saya buat campur colek terus dengan kerang.
Mungkin lepas ni saya lebih suka untuk asingkan colek kerang dan kerang. Maksudnya masa nak makan baru cicoh colek.
Rasanya gitu lebih best dari sekali harung campur colek. Hahaha..Gitulah kisahnya. Selamat mencuba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi pun boleh makan kek tau! Tapi kek bayi mestilah kek yang mesra bayi, bebas garam dan gula. Resepi cheese cake bayi sangat mudah disediakan hanya ikut langkah-langkah penyediaan ini.
CHEESECAKE BABY ZUBAIR (8months)
Bahan – bahan
🌸 125g cream cheese (saya guna Tartura)
🌸 1 1/2 tbs tepung gandum unbleached (saya guna cap Lili)
🌸 1 biji telur
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan. Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai, seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter.