Nak masak balado ayam ni sangat mudah, resipinya tak memerlukan banyak bahan. Ia sesuai dijadikan sajian untuk seisi keluarga. Yang sukakan kepedasan boleh pilih cili pedas dan tambah cili dalam kuantiti yang banyak.
Resipi Balado Ayam
Cukup dengan 1 lauk ni je boleh buat selera makan menjadi-jadi. Resipi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Ads
Ayam, perap dengan kunyit+garam. Kemudian goreng hingga garing.
*Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit, tumis bahan-bahan kisar ni hingga terbit minyak. Kalau kurang minyak, tambah lagi, pastikan terbit minyak ok, masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping, asam keping jangan banyak nanti masam pula, kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris..kacau hingga bawang layu, siapppp.
Ads
*Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah je, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur)
-Bawang merah bombay 1 biji
-Bawang putih 2 ulas
-Cili merah 15 batang
-Cili padi hijau 10 batang
Ads
*Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya, jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut The American Academy Of Pediatrics (AAP), bahagian Alergi dan Imunologi, bayi boleh mengambil keju setelah diperkenalkan dengan makanan pejal. Ini bermakna bayi boleh diberikan keju dengan selamat. Malah kandungan keju yang tinggi kalori dan protein juga baik untuk tumbesaran anak.
Pun begitu cara untuk menyediakan hidangan berasaskan keju perlulah tepat supaya anak dapat menikmatinya dengan baik dan enak. Keju yang baik pastinya bebas garam dan bahan pengawet untuk bayi kita. Rasa tidak yakin, ada baiknya ibu sediakan sendiri keju buat anak. Lagi puas hati.
Tak percaya boleh hasilkan sendiri keju buat anak? Ibu ini, Ana Maria membuktikan keju boleh dihasilkan dengan mudah hanya menggunakan dua bahan sahaja. Homemade keju yang dikongsikan ibu ini nampak mudah dan ringkas. Jom ikuti langkahnya.
HOMEMADE CREAM CHEESE
Hari ni anak umi Iris Syafia dah cukup 8 bulan. Lepas ni boleh la intro dengan dairy food plak. Salah 1 nya adalah cheese kan. Jadinya umi teringat untuk buat cream cheese homemade. Selain dapat cheese yang segar, bebas garam dan bebas bahan pengawet jugak. Patutnya pembuatan cheese kena masukkan garam masa akhir proses tu. Tapi umi skip la.
Nak buat pun sangat la mudah dan simple. Guna 2 bahan ja. Patutnya guna freshmilk tau. Tapi umi tersilap beli. Jadinya tawakal ja la cuba jugak. Nasib baik menjadi.
Bahan-bahannya di sini.
500ml susu segar
2 sudu besar jus lemon
See..bahan-bahan yang mudah kan? Susu segar dan jus lemon.
Panaskan susu dengan api sederhana sehingga naik buih-buih kecil di tepi. Tak perlu panaskan sehingga mendidih untuk menjaga nutrient susu. Perlu di kacau sentiasa untuk mengelakkan susu berkerak di bawah.
Masukkan jus lemon sedikit demi sedikit sambil susu di kacau. Kacau susu sehingga gumpalan-gumpalan susu terbentuk. Kacau lebih kurang 5-10 minit. Kemudian biar kan sekejap.
Setelah air dan gumpalan-gumpalan susu terpisah. Tapis menggunakan kain muslin. *Saya tak sempat beli, jadi gunakan tudung bawal lama. Cuci bersih dulu sebelum guna ya. Biarkan air tersejat.
Setelah dibiarkan, tekan-tekan untuk pastikan semua air keluar. Atau pun perah ja, macam perah kain tu. Dapat la seketul cheese yang segar. Boleh blend untuk dapatkan tekstur cheese yang lebih halus.
OK air tapisan yang dipanggil WHEY tu jangan buang tau. Masukkan dalam botol atau simpan dalam fridge. Banyak khasiat dan kegunaan tu. Boleh campur susu dan jadikan butter milk. Boleh juga gantikan cecair untuk buat kek dan roti. Buat masak pun boleh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melahirkan anak, tidak dinafikan kita selalu menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, angin dan sebagainya. Selain menjaga pemakanan, senaman dan pengambilan suplemen yang tepat, petua tradisional dan orang-orang lama juga tidak kurang hebatnya mampu membuang angin dalam badan.
Resipi dan petua perkongsian Pn Suhaizah Sagi ini mama wajib cuba. Boleh juga dimakan bersama nasi panas. Memang sedap!
BUAT SENDIRI RESEPI BUANG ANGIN Bila dah jadi hemak-hemak ni biasalah kan, kerap sakit kepala, tumit, kaki dan macam-macam lagi. Dan banyak keadaan tu asbab dari angin jahat dalam badan.
Sebab Mokcik pun sama, so ni gigih lah buat sendiri benda ni untuk buang angin. Ada juga yang kata hangatkan badan. Pun ye jugak. Kita tengok bahan dan cara dia eh. Mudah je semua pon boleh buat. Jom cek it out.
BAHAN-BAHAN
2 sb biji halba
2 sb lada hitam
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1. Cuci biji halba dan lada hitam. Sangai bagi kering dan ringan. Kisar halus ye.
2. Tumbuk lumat bawang putih dan halia.
3. Campurkan semua bahan dan gentel bagi comel-comel agak lalu sekali makan.
4. Siap dan boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Boleh makan sebiji pagi dan malam. Sebab rasa pedor gitu kan, Mokcik buat lauk makan dengan nasi panas.
Sebenarnya ramai yang dah buat resepi ni, tapi tu lah nak seru semangat tu yang mencabar. Anyway korang pun boleh cuba ye.
Jangan lupa baca doa dan selawat. Niat dapat manfaat dari rezeki Allah. InsyaAllah.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika menu bergedil atau bebola berinti mungkin sudah terbiasa bagi anak-anak kecil kita, kali ini menu Tauhu Berlauk dilihat cukup unik dan istimewa buat si kecil kita. Sesekali mencuba resipi baru pastinya buat anak-anak lebih teruja.
Tauhu jarang disukai anak-anak kita tetapi resipi yang disediakan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini mungkin membuka selera anak-anak kita. Gabungan dua jenis tauhu pastinya memberi rasa berbeza dan khasiat berganda buat anak-anak. Jom cuba!
Pagi ni makan tauhu berlauk je. Lama tak buat kudap-kudap untuk dia. Buat lebih simpan frozen. Esok-esok nak makan boleh goreng. Alhamdulillah Hilman suka.
Resepi Tauhu Berlauk
Tauhu biasa 3 keping
Tauhu telur 1 tube
Daging kisar 2 tbs
Daun ketumbar 1 tangkai
Carrot 1 inci
Telur 2 biji
Blackpepper sedikit
Serbuk ayam homemade sedikit
Bawang putih 1 ulas
Tepung jagung 1 tbs
Loyang/bekas untuk mengukus
Sedikit minyak
Masukkan semua bahan ke dalam blender atau food processor.
Blender sampai sebati.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau bekas. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Ketuk-ketuk sikit loyang supaya adunan padan dan tak berongga.
Kukus selama 25 hingga 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
Cara menggoreng, minyak perlu panas betul sebelum masukkan tauhu. Guna api sederhana saja. Boleh goreng terus atau celup dalam bancuhan telur dan goreng. Boleh juga celup dalam bancuhan telur dan golek dengan breadcrumb atau oat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!