Pemakanan yang sihat adalah kunci kepada perkembangan dan kecergasan anak-anak. Jadi ibu bapa memainkan peranan dalam memberikan makanan yang segar, sihat serta penuh dengan nutrisi untuk anak-anak.

Namun pemilihan makanan juga haruslah tepat. Jadikan resipi ini sebagai panduan untuk mama papa dalam menyediakan sajian buat si manja. Menu yang dikongsi ini bermula dari 7 hingga 12 bulan untuk anak anda.

MENU 7 – 9 BULAN

KENTANG LENYEK 

BAHAN-BAHAN:

2 biji kentang

Air secukupnya

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Basuh kentang bersih dan toskan.
  2. Rebus kentang dan biarkan hingga lembut.
  3. Apabila lembut, angkat dan lenyekkan.
  4. Lenyekkan hingga halus dan hidangkan.

 

BUBUR JAGUNG PULUT

BAHAN-BAHAN:

150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)

100gm isi jagung manis

100gm isi jagung pulut

Air untuk mereneh secukupnya

 

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
  2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
  3. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.

Info: Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.

 

BUBUR AYAM BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)

Daging ayam |dipotong kiub kecil

100gm brokoli   |dipotong kecil

2 ulas bawang putih |dicincang

Air untuk mereneh secukupnya

Minyak zaitun untuk menumis

IKLAN

 

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan daging ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
  4. Tambahkan air jika perlu.

 

BUBUR GANDUM SAYURAN 

BAHAN-BAHAN:

200gm gandum

1 biji bawang merah |dicincang halus

1 ulas bawang putih |dicincang halus

50gm lobak merah |dihiris memanjang

2 helai daun bawang |dihiris

300ml air

Stok ayam

 

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
  4. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.

Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.

 

MENU 9 – 12 BULAN

IKLAN

SUP AYAM DAN NASI PUTIH

BAHAN-BAHAN:

200gram isi ayam |potong dadu

Lobak merah |potong bulat

½ biji bawang besar

2 ulas bawang putih

½ inci Halia

Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai

1 cawan air

1 mangkuk nasi putih

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk.
  2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia.
  3. Masukkan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
  4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
  5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.

 

SECRET FRENCH BAGUETTE

BAHAN-BAHAN:

1 buku roti french baguette

3 biji telur

4 biji bawang putih |di cincang halus

Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus

IKLAN

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
  2. Bakar roti selama 20 minit hingga garing.
  3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
  5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.

Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.

 

STIK KEJU

BAHAN-BAHAN:

Pastri

3 sudu keju parmesan

3 sudu keju cheddar

Sebiji telur-dipukul

 

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri.
  2. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
  3. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
  4. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
  5. Taburkan juga lebihan keju.
  6. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.

Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.

 

LEMPENG 

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

250ml air

Sedikit garam

habbatus sauda

Sedikit minyak zaitun

 

Cukup Ke Khasiat Dalam Makanan Anak Anda Selama Ini? Cuba Resipi Yang Berkhasiat Ini Untuk Anak 7-12 Bulan

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
  2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
  3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
  4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
  5. Apabila masak angkat dan hidangkan.

Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI