Resipi Bebola Ayam Bercheese, Guna Daging Burger, Simplenya Tapi Sedap!

Share

Tak perlu bebola yang sarat dengan bahan, hanya dengan daging burger dan cheese sahaja, bebola ayam bercheese ini disiapkan dengan mudah untuk anak-anak. Paling penting, tiada penambahan garam dalam pembuatan bebola ini.

Nak cuba? Jom ikuti langkah mudah perkongsian resipi Habibah Husin ini. Memang sedap!


Pagi ni buat bebola ayam bercheese, buat bekal anak-anak sekolah. Saya guna daging burger je, cheese mozzarella yang ketul senang nak potong. Sebelum masukkan dalam bekas, ibu jadi tester dulu.

Bahan-bahan:
Cheese mozzarella
Daging burger
Breads crumps
Telur 1 biji
Minyak untuk menggoreng

Kalau nak besar-besar potong 4 je. Tapi cheese pun kena besar la.

Guna daging lembu pun boleh. Saya potong 8, dapat banyak.

Ambil kepingan daging burger, bulat-bulatkan dan letak cheese di dalamnya. Lepas tu bulat-bulatkan je la ye.

Buat comel-comel camni. Senang anak nak makan. Celupkan dalam telur yang dipukul, golek-golekkan dalam bread crumbs.

Goreng tenggelam hingga kekuningan.

Note: Saya tak guna secubit garam pun.

Menarik: First Time Bawa Afwa Naik Flight, Dato’ Siti Kongsi Gelagat Comel Aafiyah & Afwa Bercuti

Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!

Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN