Dalam keadaan tertentu, ada di kalangan ibu bersalin dan suaminya lebih selesa memilih berpantang sendiri di rumah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
Jadi, dalam keadaan sebeginilah, suami perlu menjalankan tanggungjawabnya. Memandangkan isteri masih lemah, dia memerlukan sokongan dan bantuan daripada suami untuk beberapa urusan termasuklah hidangan makanan berpantang.
Di sini Pa&Ma kongsikan resepi-resipi yang boleh para suami sediakan. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Pasti selepas ini suami boleh dipanggil papa chef!
Ikan panggang
1. Basuh bersih ikan pilihan. Ikan yang sesuai semasa berpantang ialah ikan berisi seperti merah, tenggiri dan lain-lain.
2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan.
3. Balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Setelah masak, buang daun pembalut ikan. Sedia untuk dihidangkan.
Kek sarang semut atau lebih dikenali sebagai kek gula hangus antara kek lejen yang digemari oleh semua peringkat umur tak kira orang dewasa atau anak-anak. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya tak manis sangat memang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Cuma yang jadi masalahnya, kek ini ramai yang tak mahu buat kerana nak dapat lubang yang cantik itu susah. Ada resepi yang perlu perap untuk dapat lubang tersebut apabila dipotong tapi bila buat tetap tak cantik.
Bagi ibu yang nak cuba resepi kek gula hangus ini, boleh cuba guna resepi Qaseh Aisyah Linda. Resepi ni tak perlu nak perap pun. Cepat dan mudah!
Pepes Ayam merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat. Dibungkus dalam daun pisang dan kemudian dibakar menjadikanya seakan-akank otot-otot tetapi otot kebiasaannya dibuat hanya isi ikan dan kelapa parut. Lain pula dengan pepes kerana pepes ini boleh dibuat menggunakan isi ayam atau isi ikan.
Bagi yang nak mencuba untuk buat sendiri, ikuti resipi ini. Boleh buat untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!
Bahan-bahan;
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis
Bahan yang siap diblender
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan.Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air.
Ayam yang telah dikisar
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.
Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam
Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi. Tak perlu tambah air. Sediakan daun Pisang. Potong lebih kurang 3×4 Inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.
Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.
Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.
Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang.
kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru di potong dan dibakar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali anak perlukan ‘rasa’ dalam makanannya. Barulah selera mereka makin bertambah. Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli. Memang sedapnya lain macam.
Macam mana cara nak membuatnya? Paling mudah hanya dengan beberapa langkah sahaja, si comel anda mampu makan lebih berselera. Jom ikuti perkongsian resipi, langkah demi langkah oleh Nur Maira.
Bila baby dan masuk fasa makan ni, mummy kena rajin laa sikit masak macam-macam nak bagi anak berselera untuk makan.
Sini nak share cara buat serbuk bilis homemade. Mudah je.
Yang perlu ada :
(1) Blender with miller (blender kering)
(2) Ikan bilis
(3) Air untuk rendam
(4) Bekas kedap udara
First, kopek ikan bilis, buang kepala dan segala tulang.
Rendam dalam air semalaman dan tukar air dalam 2-3 kali untuk buang masin ikan bilis tu.
Esoknya, tapis ikan bilis dan biarkan kering.
Sangai ikan bilis dalam kuali. Sangai ni tanpa minyak ya.
Proses ni agak makan masa, kena selalu kacau dan terbalikkan supaya ikan bilis tu masak rata.
Angkat bila dah nampak rangup.
Biarkan ikan bilis tu sejuk kejap baru blend. Jangan blend masa masih panas, nanti bila nak simpan ikan bilis tu mudah rosak bila masih berwap.
Lepas dah blend akan dapat serbuk halus.
Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. InshaAllah boleh tahan dalam 2 minggu hingga 3 bulan!
Confirm anak akan lagi berselera bila tambah serbuk ikan bilis ni nanti.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.