Apa kata raya kali ini kita cuba kelainan pula mencuba resipi baru. Resipi biskut Bright Eye Susan ini nampak cantik dan sedap untuk hidangan di atas meja. Lagi sedap tambahan badam yang rangup buat penambah kesedapan.

Nak cuba resipinya? Jom cuba resipi mudah perkongsian Farisha Sofea ini. Senang!

Resipi Biskut Bright Eye Susan, Paling Senang Nak Buat, Sedap & Rangup!


BISKUT BRIGHT EYE SUSAN

Bahan Bahan :

Bahan A:
500g mentega / marjerin
1 1/2 cawan gula halus
1 sb esen vanilla
2 biji kuning telur

Bahan B (diayak):
1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung kastard
5 cawan tepung gandum

IKLAN

Bahan Lain :
Putih telur
Badam cincang
Jem / filling strawberry

Resipi Biskut Bright Eye Susan, Paling Senang Nak Buat, Sedap & Rangup!

Kacau mentega bersama gula dan juga esen vanilla. Masukkan kuning telur, kacau sebati.

Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil digaul rata.

Ambil sedikit adunan anggaran 1 sudu kecil dan bulatkan. Celupkan bahagian atas adunan ke dalam putih telur.

IKLAN

 

Kemudian golekkan pula ke dalam badam cincang. Susun di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.

Lubangkan sedikit di bahagian tengah adunan dan paipkan jem strawberry. Ulang proses sehingga selesai.

Resipi Biskut Bright Eye Susan, Paling Senang Nak Buat, Sedap & Rangup!

Bakar pada suhu 180• selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.

IKLAN

Setelah masak, sejukkan seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Resipi Biskut Bright Eye Susan, Paling Senang Nak Buat, Sedap & Rangup!

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Resipi Biskut Bright Eye Susan, Paling Senang Nak Buat, Sedap & Rangup!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI