Biskut yang satu ini kedengarannya begitu unik, Biskut Datin. Namun menariknya biskut yang menjadi biskut tradisi keluarga ini cukup mudah disediakan.

Ia seakan kuih tart nenas yang cukup popular namun ia lebih mudah disediakan. Nak jimat masa tapi nak rasa biskut yang sedap, jom cuba Biskut Datin, hasil resipi terun temurun Pn Azima Rasol. Sedap!

Resipi Biskut Datin, Inti Jem Nenas Macam Kuih Tart, Senangnya Nak Buat!


Tahun ni wajib buat. Biskut tradisi family turun temurun.

Bahan-bahan:
5 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
Butter @ marjerin ikut basah
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Jem nenas secukupnya
Paper cup kecil

Resipi Biskut Datin, Inti Jem Nenas Macam Kuih Tart, Senangnya Nak Buat!

IKLAN

Masukkan semua bahan kecuali jem nenas. Uli sampai jadi doh.

Resipi Biskut Datin, Inti Jem Nenas Macam Kuih Tart, Senangnya Nak Buat!

Kemudian leperkan doh dalam paper cup dan letak jem nenas.

IKLAN

Resipi Biskut Datin, Inti Jem Nenas Macam Kuih Tart, Senangnya Nak Buat!

Jem nenas sebelum uli doh gentel panjang-panjang macam dalam gambar tu. Senang nanti nak letak atas doh.

Bakar suhu 180 api bawah selama 30 @ 40 minit ikut kepanasan oven masing-masing.

IKLAN

Resipi Biskut Datin, Inti Jem Nenas Macam Kuih Tart, Senangnya Nak Buat!

Selamat mencuba!

Menarik: Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI