Kek buah sememangnya diyakini sedap dan berkualiti, apa lagi kek buah yang ‘moist’ dan melt di dalam mulut. Terasa-rasa akan kerangupan buahnya walaupun dikukus lama.

Inilah kelebihan kek buah premium yang sudah semestinya membuatkan hari raya anda cukup bermakna. Resipi yang dikongsikan oleh cikgu Azlina Ina Fans ini paling padu dan mantap. Wajib cuba!


Bahan-bahan:
150-180g gula pasir (1-1/2 cawan gula)
2 cawan mix fruit -rendam dulu dengan air suam.
1/2 cawan air panas
250g pure butter
1/2 cawan madu
3 biji telur gred A + 1/4 gula
1 sd susu pekat
1 sb sunquick

Bahan Tepung:
400g/4 cawan tepung
40gm/1/4 cawan tepung -ayak masuk dalam buah tadi gaul-gaulkan.
2 sk soda bikarbonat
1 sk dauble action powder (suka guna ni sebab kek buah korg tak jadi berat sangat nanti moist je)
1 sk serbuk buah pala
1/2 sk serbuk kayu manis (kalau tak suka tak yah la)

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Rendam dulu mix fruit dengan air suam. Tujuan dia hilang kan kotor-kotor kat buah tu kadang ada habuk ke apa kan. Sekejap je pas tu tos kan.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Ayam semua bahan tepung, soda bikarbonat, double action, serbuk buah pala dan serbuk kayu manis. Ketepikan. Baki 40gm tepung ayak masuk dalam buah tadi gaul-gaulkan.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

IKLAN

Masukkan gula dalam kuali panas dan biar dia melt keperangan.

O setel dah perang masuk 1/2 cawan air panas kalau masuk air sejuk kang jadi batu gula korang. Dah agak didih gitu.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Masukkan pure butter, kot tak ada bajet pakai la majerin pun boleh.

Masukkan madu, kot-kot la tak suka manis madu, tak letak pun tak apa.

IKLAN

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Ok 3 biji telur gred A, 1/4 cawan gula mix kan sampai kembang elok sopan santun. Masukkan 1 sb susu pekat. Kalau tak makan susu tak yah la tapi letak lagi sedap, lemak-lemak je kek tu nanti. Masukkan pula 1 sb sunquick. Kacau rata.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Kita masukkan buah-buah yang bersalut tepung ke dalam tepung kita yang 400g tadi dan masuk sikit ke dalam gula hangus kita tadi dan kacau sebati. Last tuangkan telur tadi kaup bKek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!alik saja.

Ok bekas digunakan sq 1500 akan dapat 2 bekas kalau tak nak isi penuh-penuh.

IKLAN

Kalau isi di loyang begini dapat 1 loyang macam ni penuh sukatan tadi.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Kukus 4 jam dengan api sederhana. Tutup plastik permukaan bekas tu jangan lupa ya. Plastik wrap tu.

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Kek Buah Premium Air Tangan Azlina Ina, Kukus 4 Jam Buah Masih Rangup, Sedapnya!

Pastikan dalam dia elok gitu ye moist makin lama makin lembab. Dan pastinya ye kek buah yang sedap buah-buah dia masih rangup dan tak benyek walau kukus lama. Dan rasa dia manis masam buah dan sentiasa melt di mulut bila makan.

Menarik: Biskut Cornflakes Wangi & Rangup, Lemak Berkrim, Resipi Legend Paling Mudah Buat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI