Resipi Brownies Raya Azlina Ina, 6 Bahan Saja, Kek Ringkas Gerenti Jadi & Sedap!

Share

Berbanding kek lain, brownies antara yang cukup mudah disediakan. Malah penggunaan bahannya juga tidaklah banyak. Nak cuba resipi cikgu Azlina Ina Fans, ini resipi yang patut anda cuba.

Cukup mudah, resipi yang simple dan gerenti jadi dan sedap. Jom cuba!


Resepi gerenti jadi brownies raya.

Bahan-bahan:
400g beryls coin dark
150g butter cup – nak guna majerin pun boleh
(Cairkan 2 bahan di atas di dalam oven atau pengukus)

3 biji telur gred A atau B
120g gula perang
Esen vanila
150gm tepung blue key

Cairkan coklat beryls dan butter di dalam oven atau pengukus. Ketepikan.

Kacau rata telur, gula perang dan esen vanila kemudian masukkan bahan yanng dicairkan tadi panas-panas.
Kacau-kacau manja je.

Masukkan tepung blue key dan kacau sampai sebati. Kacau manja-manja je.

Ok sediakan baking paper dan lapik pada loyang 9×9.

Tuangkan dan panaskan oven 5 minit suhu 130.

Set 150 masuk adunan api atas bawah dan bakar 45 minit.

Menarik: Resipi Nasi Tomato Cara Mudah & Sedap, Ini Sukatan Cara Tepat, Memang Power!

 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN