Resipi Cucur Bantu Ibu Ini Selesaikan Masalah Anak Kecilnya Yang Susah Makan Sayur & Nasi

Share

Masalah anak tak suka makan sayur boleh dikatakan masalah biasa dihadapi oleh semua ibu. Kalau dapat anak yang tiada masalah makan sayur memang ibu patut bersyukur banyak-banyak.

Sebagai ibu adakah kita patut membiarkan sahaja masalah anak tak suka makan sayur ni? Kalau dibiarkan maka sampai besarlah mereka tidak akan suka makan sayur. Risau pula badan membesar tanpa mendapat khasiat sayur yang penting untuk tumbesaran sihat kan.

Jadi, marilah bersama-sama menjadi ibu yang rajin dan kreatif seperti Puan Arieza Rieza yang tidak pernah putus asa berusaha menghasilkan menu untuk anaknya yang susah makan sayur.

Pagi ni nak share lagi satu resipi untuk anak-anak yang tolak mentah-mentah sayur dan susah makan nasi jugak macam anak saya kalau buat sayur confirm tak makan, siap muntah lagi. Geram ibu sebab sayur bagus dan banyak mengandungi zat besi.

Hari ni saya nak share ada cara anak akan terus suka sayur-sayuran iaitu cucur nasi sayur. Dalam ni cukup lengkap ada karbohidrat, protien dan zat besi yang mana cukup untuk pertumbuhan anak-anak kita. Badan sihat dan kulit pun akan cantik. Selamat anak makan banyak ibu dah habis kreatif ni.

CUCUR NASI SAYUR

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. * kemudian masukkan air isi ayam dan tunggu sehingga ayam masak. * dah masak masuk sawi/apa-apa sayur lain dan sedikit serbuk ikan bilis. * jangan masak lama sangat nanti akan hilang zat sayur.more
2. Ambil nasi panas-panas kemudian kisar bersama sayur tadi. Kisar kasar sahaja, tapi kalau usia anak bawah setahun boleh kisar sehingga halus.
3. Ini yang sudah siap dikisar.
4. Ini yang sudah siap dikisar dan boleh terus dimakan. Saya buat 2 set. Satu untuk dibuat cucur, satu lagi untk dibuat bubur nasi, yang ini disimpan dalam peti sejuk.
5. Ambil tepung dan gaulkan sekali tapi tepung jangan banyak sangat.
6. Ini yang sudah siap digaul bersama tepung.
7. Untuk menjadi doh kecil-kecil macam ni pastikan tangan kena celup dengan sedikit minyak supaya tak melekat.
8. Panaskan minyak dan goreng sampai keemasan. Pastikan api kecil ya.
9. Ini yang sudah siap digoreng.

Sumber: Facebook Arieza Rieza

 

IKLAN