Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai, Sos Padu Menyengat, Sedap Sungguh!

Share

Jika teringinkan daging harimau menangis ala Thai tetapi tiada bahan, apa kata kita gunakan bahan sedia ada yang lebih simple iaitu menggunakan kepingan daging burger sahaja. Macam mana?

Resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini anda boleh cuba. Nampak sedap dan paling penting senang. Tak gitu!


Tempoh hari, teringin nak makan daging bakar ala Thai, tapi malas keluar rumah. Jadi kita buat sahajalah dengan apa yang ada dalam peti ais. Bolehlah jika sekadar nak lepaskan ngidam. Haha!

Daging Burger Bakar ala Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
3 keping patti burger
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula nipah / Melaka
1 ikat daun ketumbar
1 sudu besar beras sangai
2-3 ulas bawang merah ros
1 biji limau nipis
1 sudu besar empingan cili

Sos pencicah daging bakar ni sebenarnya yang bikin kecur. Sediakan bahan-bahan. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.

Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan bahan-bahan ni. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.

Rasa sos ni. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.

Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas! Tengok pun dah terliur, kan? Terus jadi lapar.

Oleh kerana tak ada daging segar dalam peti ais, saya guna sayalah patti burger. Kalian boleh gunakan apa sahaja jenama yang kalian suka. Saya guna Dara. Boleh perap dengan sos tiram sekejap.

Walaupun nama dia daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ni. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.

Bila dah masak patti tu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi!

Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun OK. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja, kan?

Menarik: Cara Mudah Nak Hilangkan Kapur Mi Kuning, Simple Tapi Memang Menjadi!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN