Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail yang unik, sedap lagi berlemak. Gabungan buah-buahan campuran, susu pekat dan whip krim yang cukup sedap.
Malah resipinya juga amat mudah dan senang untuk dicuba. Dengan penggunaan bahan yang ringkas, percubaan anda pasti memuaskan hati. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Syuhada Che Din.
Hari ni nak share resepi dessert, senang gila nak buat dan gerenti sedap.
FILIPINO FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahan:
Whipping cream
Mix fruit cocktail
Susu pekat
Boleh tambah nata de coco dan fresh fruit
Ads
Sediakan bekas, masukkan fruit cocktail. Air buang ye.
Masukkan susu pekat. Ikutlah nak manis mana. Cik Tom letak 1 sudu besar.
Ads
Tuang whipping cream.
Kasi gaul sekata. Lepastu masukkan dalam peti ais kasi sejuk. Baru boleh makan.
p/s: Lagi best kalau ada nata de coco atau buah-buahan segar. Sesuai ni untuk dessert berbuka puasa. Selamat mencuba korang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila anak menghampiri usia 6 bulan, keterujaan pastinya untuk menyediakan makanan pejal buat bayi. Namun dalam rasa teruja, terselit rasa ragu-ragu untuk menggabungkan makanan tertentu agar serasi dengan bayi kita.
Tip dan resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Aini Suriani boleh dijadikan panduan untuk ibu lain yang kini masih tercari-cari resipi sesuai untuk diberikan kepada bayi. Tipnya cuba dulu dan lihat samada ia serasi atau tidak. Jom cuba!
Harini genap Aira 7 bulan. Saja nak share meal Aira sepanjang umur dia 6 bulan.
20 hari pertama mama bagi solid food, ikut konsep 3 dr (3 day rule) dimana perkenal bahan baru selama 3 hari berturut-turut untuk melihat alahan dan ok atau tak. Setakat ni semua ok kecuali pisang. Ada sembelit sikit. Next day baru mama campur protein macam ayam dan ikan merah.
Bahan wajib ada
Antara bahan yang wajib dalam meal Aira ialah:
1. EVOO minyak zaitun (minyak masak pun boleh) Tujuan minyak supaya makanan baby padat dengan tenaga. Selain tu membantu serapan vitamin larut lemak seperti vitamin ADEK.
2. Air masak, sangat penting kalau tak nak anak sembelit.
Mama pun tak letak garam, gula atau sesedap rasa dalam meal Aira. Biar Aira rasa natural bahan. Ok je, yang penting jangan paksa anak makan, jangan sumbat terus kat mulut takut gagging. Just sua kan sudu kat depan mulut dan biar anak yang sua ke mulut sendiri. Baru dia bagi respond nak ke tak nak.
Selain rendang, ketupat dan lemang, sate juga turut digemari untuk dijadikan juadah ketika musim perayaan. Orang kata renyah sikit nak buat sate ni, tapi perkongsian yang dibuat oleh Mufidah Jamil menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni (MAHN) mudah untuk penggemar sate ikut dan buat sendiri di rumah.
Yang penting boleh makan sampai puas dan cukup untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
“Assalamulaikum dan selamat pagi,sebelum kak pida bergelut di dapur untuk menyiapkan sajian #Sate untuk open house hari selasa ini…kak pida kongsikan resepi sate cara kak pida yg paling simple…Bila buat sendiri memang jimat separuh tau dari kita tempah tetapi agak penat sikit ok boleh tengok langkah-langkah seperti yg kak pida tunjukkan boleh cuba buat sate daripada air tangan sendiri selepas ini apa lagi sekarang musim open house kan…boleh la saji untuk para tetamu atau makan bersama famili nanti
1. Seekor ayam anggaran berat 2 kg.
2. Tips. Boleh guna salah satu atau ketiga-tiga bahan ini untuk mencuci daging ayam bagi hilangkan bau hanyir dan memastikan ayam bersih suci.
3. Kulit ayam yang diasingkan daripada isi ayam…jangan buang tau boleh selitkan bersama isi ayam bila cucuk sate nanti….sedap bila ada rasa lemak-lemak sikit kulit ayam ini boleh direbus untuk melembutkannya bagi senang masa proses menghiris dan cucuk nanti.
4. Ini hasil lepas direbus…toskan
5. Isi ayam yang telah siap dihirisi.
6. Racik halus serai,halia dan lengkuas…anggaran dalam:-
Serai 6batang
Halia 45gm
Lengkuas 45gm
7. Hasil serai, halia dan lengkuas selepas diblander…halus macam ni. Masukkan dalam isi ayam.
8. Gaulkan Gula,serbuk kunyit,garam dan perasa tambahan bersama isi ayam. Anggaran :-
Gula: 2 1/2 @ 3cawan gula ikut tahap kemanisan yg dikehendaki.
Garam 1 sudu kecil kfc.
Perasa tambahan 1 sudu kecil kfc.
Satu senduk serbuk kunyit.
9. Siap segala perapan sate…sedia untuk dicucuk juga boleh dibiarkan semalam sebelum dicucuk untuk mesrakan segala bahan perapan.
Menu telur antara yang menjadi pilihan seisi keluarga dan paling mudah nak sediakan dalam apa keadaan sekalipun. Sama ada untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam.
Walaupun hanya digoreng dan diletakkan kicap sahaja, dah cukup membuka selera seisi keluarga. Sedar tak sedar, sepinggan nasi tak cukup. Selain menu telur kicap, ada beberapa lagi menu istimewa berasaskan telur.
Kebetulan sekarang di bulan Ramadan, pastinya kita sebagai ibu nak cuba sediakan menu yang sedap untuk membuka selera anak-anak. Apa kata cuba masak sambal telur pecah 3 rasa.
Resipi ini dianggap menu penyelamat jika dah kesuntukan masa lagi-lagi bagi ibu yang bekerja dan samai rumah pun dah agak lambat. Bukan itu saja, jika terlewat sikit bangun sahur pun masih sempat sediakan menu ini. Makan pula dengan nasi panas-panas memang tak pandang kiri kanan.
Berikut dikongsikan resepi sambal telur pecah 3 rasa hasil air tangan Liza Idris. Boleh terus simpan siap-siap menu ni untuk masak!
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA
Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”. Boleh masak untuk sahur esok.
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji telur ayam
3 sudu cili kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Sedikit daun bawang jika ada
CARA-CARA
Cara masak ada pada setiap gambar. Jom kita mulakan.
1. Tumis
Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.
2. Masukkan cili
Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos
Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata. Hidup mesti adil.
Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.
4. Bubuh sedikit air
Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
5. Perasakan
Rasalah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.
6. Pecah Telur
Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.
7. Taburkan Daun Sup
Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je. Saja la serabutkan dalam kuali tu.
Kita biarkan dulu sekejap sebab tak nak telur tu pecah. Ada yang suka pecah bolehlah kacau.
8. Terbalikkan
Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata. Agak-agak dah masak, bolehlah tutup api. SIAP!
Haa mudah sangat kan! Sedap tu dah tentu. Bahan-bahannya semua yang memang ada di dapur. Wajib cuba, gerenti puas hati!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.