Masuk hari ke 20 Ramadan, pasti resipi kek sudah siap tersedia untuk dicuba pada hari raya nanti. Jangan bazirkan waktu dan tenaga dengan mencuba pelbagai kek yang sukar. Hidangkan sahaja kek mudah homemade yang sedap dan menjimatkan masa.

Salah satu kek wajib ada yang pastinya buat anak-anak tak duduk diam sambil menunggu pastinya kek marble. Apa lagi kala mencuba resipi cikgu Azlina Ina, pasti menjadi. Sedap dan enak!

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!


Bahan-bahan:
(Guna 1 jenis cawan je nak sukat, tak kisah cawan apa pun tetap jadi)
2 cawan majerin (korang guna majerin je baru rasa macam mak-mak dulu dia punye rasa)
1 cawan gula halus ni bergantung pada korang la kalau suka manis tambah
2 sk esen vanila
3 sb susu pekat
6 biji telur gred A atau B

Bahan Tepung:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
3 sb serbuk koko
Coklat emolco

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Pukul sampai kembang elok.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Ok masuk kan telur sebiji-sebiji. Selangkan beberapa saat time masukkan telur, jangan masukkan sekali ok.

IKLAN

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Ok matikan mixer kemudian kita tambahkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Ayak awal-awal masuk slow-slow sambil kaup balik.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Cantik adunan dia bila dah siap.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

IKLAN

 

Bahagi dua. Satu bahagian letak serbuk koko dan kacau kan. Nak letak emolco coklat sikit pun boleh kalau suka colour coklat tu gelap sikit.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Ok la mula memarble. Isi dalam loyang 8 yang dah di lapik baking paper. Sampai penuh loyang korang tu berselang-selang gitu.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

IKLAN

Sampai habis ya. Bakar suhu 180 masa 50 minit jangan lupa 20 minit terakhir slow kan api dia 170 atau kalau ada jenis api atas bawah, masa ni slow kan api atas dia ya sampai masak.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Bila cucuk lidi dah tak lekat maka masak la marble raya kita. Gebu kan. Terbalik kan kejap kat redai dan siap untuk di hidangkan.

Resipi Kek Marble Raya Gebu, Guna Sukatan Cawan, Senangnya!

Halah-halah keknya walau guna marjerin timbang zaman dulu tetap rasa sedap. Bahan pun mudah dan senang nak buat.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Di Buat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI