Resipi Fish Cake Buatan Sendiri, Sedapnya Lain Macam, Anak Mesti Suka!

Share

Jika anda pernah mencuba menghasilkan bebola ayam mahupun sosej sendiri rumah, menyediakan ‘fish cake’ atau kek ikan pastinya tidak menyukarkan.

Pastinya fish cake homemade yang disediakan sendiri ini lebih selamat kandungannya malah sedap dan menjimatkan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria ni.


FISH CAKE
Lepas ni dah tak payah beli fishcake. Buat sendiri jelah kat rumah ye. MasyaAllah apa benda sedap betul fish cake ni.

Haritu dok tengok makanan orang Korea. Kakak terus tag resepi fish cake diorang ni. Cara diorang bentuk tu lawa lah sikit, ciksu susah nak jadi cantiknya sebab bersilat dengan anak sekali. Meh tengok resipi.

BAHAN-BAHAN
Dori fish fillet
Udang dan sotong
Telur (ambil putihnya sahaja)
Bawang besar (satu suku je potong)
Bawang putih
1/2 cawan tepung jagung (setengah cawan)
1/2 cawan tepung (setengah cawan)
1 sk gula
1 sk garam
1 sk serbuk lada putih
1 sb minyak
Carrot, daun bawang, lada merah (tak letak pun tak apa je)

Blend semua bahan dalam blender tau. Jadi macam ni.

Tadi lupa nak letak minyak.

So kita gaul sekali je minyak dengan carrot, lada dan daun bawang.

Lepas tu cubit-cubitlah dia, goreng dalam minyak yang panas. Macam ni lah kejadiannya.

Tadaaa dah siap, serius sedap sangat. Lain dari bebola yang jual kat kedai tu.

Buat sup pun sedap!

Artikel berkaitan:  Bebola Ayam Homemade Sedap, Air Tangan Istimewa, Ringkas Untuk Anak

Share Sampai 10K, Resipi Pepes Ayam, Mudah & Sedap, Confirm Menjadi!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN