Resipi Ikan Bilis Masak Asam, Sekejap Je Masak. Lauk Simple, Tambat Selera!

Share

Dah 2-3 hari ni asyik makan menu raya, tiba-tiba rasa nak makan lauk yang ringkas. Yang tak susah nak dibuat, tapi boleh buat bertambah bila makan nasi! Salah satunya seperti resipi Ikan Bilis Masak Asam ni.

Resipi mudah ini dikongsikan oleh Ameera melalui laman Facebooknya. Bolehlah dicuba jika mahu ‘lari’ sekejap dari menu Aidilfiri.

Ikan bilis masak asam by ibu

Sedap makan dengan nasi panas panas.
Untuk sahur masak paling cepat.

Sedap , rasanya masam dan manis.

Yang penting tak liat.
Simpan sampai ke petang pon masih rangup lagi.

Insyaallah

Bahan bahan yang simple
Semua di gambar ye.

Resipi Lain: [Resipi Sambal Telur Cili Kering, Punya Senang Nak Buat. Bila Makan Bertambah Nasi!]

IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan-bahan:
Ikan bilis
1 biji kentang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Cara membuat:
1. Gorengkan ikan bilis dan kentang. Ketepikan.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih.

3. Bila bawang-bawang dah layu masukkan air asam jawa.

4. Naik minyak, masukkan garam dan gula.

5. Kemudian bolehlah masukkan ikan bilis dan kentang yang sudah digoreng tadi.

Resipi Lain: [Resipi Daging Bawang Putih, Super Senang. Orang Baru Belajar Masak Pun Boleh Buat!]

*Sekiranya anda mahukan rasanya lebih pedas, bolehlah ditambahkan dengan cili padi. Hidangan ini sesuai dimakan oleh anak-anak dan tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat. Selamat mencuba!

IKLAN