Resipi Kek Moist Sunquick Paling Sedap Untuk Anak, Guna Sukatan Cawan, Confirm Jadi!

Share

Bosan dengan kek coklat, kek milo dan aneka kek lain, apa kata ubah selera dengan kek homemade daripada perasa oren Sunquick ini pula. Kek yang satu ini berbeza rasanya malah teramatlah sedap dan mudah disediakan. Penambahan minyak dan susu pekat manis pastinya buat kek bertambah manis dan berlemak.

Resipi perkongsian Puan Irma Sheky ini paling lengkap kerana turut disertakan dengan langkah demi langkah secara terperinci. Jadi jom cuba!

Bekalan untuk seminggu, buat 3 adunan dapatlah 9 tupperware ni. Satu kg gandum je tu pun ada lebih lagi 1 cawan ni. Dah biasa makan benda sama berminggu berbulan, ikut kudrat & rezeki sambil jimat petrol dan bajet membeli. Makan panas-panas pun sedap, sejuk dari fridge pun sedap, buat simple-simple je.

SUNQUICK MOIST CAKE

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
4 biji telur A @ 5 biji telur B
2 sb parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick (perisa oren)
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur @ minyak masak
1 cawan air panas
Sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, boleh juga guna kaler oren.
Boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula atau susu jika nak lebih @ kurang manisnya.

Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Gaulkan sekejap dan ayak. Ketepikan. Setelah pecah telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so tak guna esen vanilla pun tak apa.

Pukul telur dan gula hingga gula hancur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.

 

 

Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh selang selikan tepung dengan minyak ye. Buat hingga habis minyak & tepung.

Tambahkan susu, pukul kejap lepas tu tambah air panas. Pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan pun kelihatan mula kembang naik dah jugak time ni.

Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan dah boleh mula mengukus atau pun dibakar. Sukatan satu adunan di atas untuk sebiji kek bersaiz 8″x8″ atau 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (seperti bekas dalam gambr saya ni)

* Tip Kukus
Jika guna tupperware plastik tahan panas macam gambar ni boleh terus tuang dan kukus dengan api besar lebih kurang 25 hingga 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).

* Tip Bakar
Alaskan dasar loyang dengan kertas minyak, sapukan sedikit marjerin dan tuangkan adunan. Bakar api atas bawah suhu lebih kurang 160-170°c, dalam 45 minit atau hingga masak, bergantung jenis oven. Kalau nak lebih moist dibakar, boleh alaskan tray kek dengan tray berisi air.

Cucuk dengan lidi tengah kek, jika tak melekat boleh diangkat.

Kek ni tak ada pengawet so, saya terus simpan fridge untuk tahan lebih lama ye. Tapi make sure disimpan dalam bekas tertutup supaya still moist.

Resipi wajib cuba: Kek Marble Moist Gebu 5 Bahan Je Dah Boleh Sediakan Untuk Anak Padu

IKLAN