Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik video masakan, pasti akan mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini.
Seperti yang sudah diketahui, KA akan berkongsi 60 resipi sepanjang 30 hari Ramadan, memberikan pelbagai idea hidangan buat pengikut setianya. Setiap resipi yang dikongsikan bukan sahaja mudah tetapi juga sangat menarik, membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mencuba.
Terbaru, satu lagi resipi ringkas yang dimuat naik telah mencuri perhatian – Kek Pisang! Walaupun nampak mudah, namun hanya dalam tempoh dua jam selepas disiarkan, video ini telah mencecah 1.5 juta tontonan!
RAHSIA KEK PISANG SEDAP
Kek pisang KA memang nampak lain, mana taknya bahan-bahan penyediannya adalah susu pekat manis dan kepingan coklat telah menjadikan resipi ini lebih sedap. Ini rupanya rahsia!
Ads
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara penyediaan yang sangat senang, menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Namun, ada satu bahan rahsia yang menjadikan kek ini lebih sedap dan moist, sehingga ramai netizen teruja untuk mencubanya sendiri.
Resipi mudah, hasilnya menggiurkan! Tak hairanlah ramai yang terliur hanya dengan menonton video ini. Kagum betul dengan sentuhan magis KA dalam setiap masakannya!
Selepas bertarung nyawa pada tempoh yang lama, terbaharu, pelakon yang cukup berbakat, Nad Zainal diberitakan sudah berada dalam keadaan yang baik malah kini sedang dalam proses pemulihan.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh rakan baiknya, Ungku Ismail melalui satu perkongsian video yang dikongsikan olehnya menerusi Instagram.
Nad sebelum ini dilaporkan kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen dalam badan yang semakin merosot.
Menerusi perkongsian itu juga, Ungku turut meminta agar orang ramai supaya tidak henti mendoakan Nad Zainal agar kembali sihat seperti sedia kala.
“Nad Zainal masih lagi dalam proses pemulihan. Alhamdulilah, dia dalam keadaan yang baik.
“Saya mohon agar kamu semua terus mendoakan dia, sembuh, dilenyapkan segala jenis penyakit dan kesakitan yang ada pada dia dan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat,” katanya.
Kongsinya lagi, dia bukan sengaja tidak mahu memberi sebarang perkembangan mengenai keadaan terkini Nad namun, orang ramai perlu memahami bahawa dia kini masih dalam proses pemulihan.
“Dia kena banyak berehat.
“Saya tidak boleh nak cerita sangat, berlainan pada awal-awal dahulu, saya cerita secara terperinci sebab tak nak orang buat spekulasi yang bukan-bukan walaupun pada akhirnya ada juga orang buat dan tak tahu atas niat apa,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Namun begitu, Nad Zainal kembali bergantung kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Terdahulu, Nad Zainal yang mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami turut mempunyai dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom, yang berusia hampir 2 tahun.
Selepas viral gara-gara menumpahkan pewarna kuku di sebuah butik pakaian, anak perempuan Tomok, Khadijah mula mencuri tumpuan ramai.
Ada sahaja aksi comel Khadijah yang mesra dipanggil Dadija dikongsikan oleh ibu dan ayahnya di media sosial.
Terbaru aksi comel Khadijah yang turut muncul bersama video Tomok ketika sesi latihan di rumah menarik perhatian ramai.
“Dia pun nak practice dengan ayah,” tulis Tomok menerusi kapsyennya.
Apa yang menarik perhatian pastinya gaya Dadija yang begitu bersahaja namun cukup bersungguh ketika menyanyi bersama ayahnya.
Tidak mahu kalah, malah anak kecil yang menjadi penyeri keluarga Tomok itu turut menyanyi bersama ayahnya.
Walaupun hanya menyambung lirik di hujung-hujung nyanyian ayahnya, namun gaya Khadijah sememangnya mencuit hati ramai.
Bukan sahaja penuh perasaan namun Khadijah juga cukup berkeyakinan ketika turut menyanyi sehingga ada ketikanya menutup mata kerana terlalu menghayati. Memang terbaik!
Rata-rata peminat Tomok turut meninggalkan pelbagai komen melihat reaksi comel Khadijah. Ramai yang menyifatkan Khadijah anak yang cukup yakin dengan diri dan menjadi penghibur mereka sekeluarga. Memang comel.
Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.