Resipi Kuah Kacang Untuk Juadah Pagi Raya. Bahan Simple, Step by Step Pun Mudah

Share

Kuah kacang dihidang bersama nasi impit antara hidangan yang popular ketika hari raya. Nak lagi lengkap hidangkan bersama sate. Bagi yang pertama kali nak mencuba untuk buat kuah kacang boleh ikuti resipi ini. Selamat mencuba!

Resipi Menarik: Paling Laris & Sedap! Resipi Popia Jejari Nestum Bersalut Coklat, Guna 3 Bahan Je 

RESEPI KUAH KACANG UNTUK RAYA

Kuah kacang simple

Blend
3 btg serai
2 inchi halia
2 biji bawang merah(besar)
Segenggam cili kering

Cara-caranya

  • Tumis sampai pecah minyak

  • Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikitsikit.. takut masam sangat nanti)
  • Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau tak pekat.. tambah lagi..

  • Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis

  • Pecah minyak sekali lagi..
  • Siapppppp

Nasi impit rebus sebelum tido lagi senang.. kuah kacang buat awal tak apa.. makin lama panas kann makin sedap .

Ada suka masuk udang kering.. terpulang.. Kalau kuah pekat sangat masukkan air k..selamat mencuba

Sumber : abdul razak abdul rahim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN