Resipi Laksa Sardin Ala Kopitiam! Kuah Pekat & Cukup Rasa Masamnya. Memang Terbaik!

Share

Menu laksa antara yang menjadi kegemaran ramai. Setiap orang ada citarasa mereka sendiri. Ada yang suka laksa Kedah, laksa atau laksam kuah lemak, laksa Johor, laksa Sarawak dan sebagainya.

Apa sekalipun jenis laksa, yang pasti semuanya sedap. Tapi bagi anda yang teringin nak makan laksa sardin tin ala-ala kopitiam, resipi ini memang terbaik!

Resipi yang dikongsikan oleh Noratiqah Nordin ini pasti buat anda berulang makan. Tak percaya kena cuba buat kerana caranya juga mudah sangat.

Resepi laksa sardin tin. Sedap dia kalah kedai kopitiam lain. Sebenarnya dah lama sangat teringin laksa sardin tin.

Lepastu viral pula pasal laksa. Haaa terus rajin pulak nak memasaknya. Silap-silap boleh buka kedai laksa versi kopitiam.

Resipi Laksa Sardin Tin

Bahan kuah
– 2 tin sardin
– 4 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– sedikit belacan
– 2 ketul kiub ikan bilis
– 2 senduk cili kering yang d blend
– 2 bunga kantan
– 3 ikat daun kesum
– 4 keping asam keping yang besar
– garam secukup rasa
– gula secukup rasa

Cara-cara:

– blend bawang merah. Bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecik kita hancur kasar saja

– dah blend. Kite masuk ke periuk

– masukkan cili kering yang dah di blend dalam 3 senduk

– masukkan air ikut kepekatan yang kita nak

– masukkan sardin hancur kasar

– letak 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak2 ikan

– masukkan daun kesum

– masukkn bunga kantan

– masukkan asam keping

– masukkan garam dan gula

Masak hingga mendidih dan cukup masak

Ok dah siap untuk dimakan. Sekali makan tak cukup semangkuk. Rasanya perfect!

Kredit Resipi: Noratiqah Nordin

Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai e-WORKSHOP ini klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN