Resipi Laksa Sardin Tin, Punya Sedap Kalah Laksa Kopitiam, Power Sungguh!

Share

Sesekali datang idea mencuba idea baru, nak juga merasa keenakkan rasa laksa dari kopitiam. Hujung minggu ini, apa kata mama bereksperimen dengan anak-anak dengan laksa sardin tin pula. Confirm lagi sedap dari kopitiam.

Resipi ringkas tapi padu yang dikongsikan Pn Noratiqah Nordin ni mama kena cuba. Sedap!


Resepi laksa sardin tin. Sedap dia kalah kedai kopitiam lain. Sebenarnya dah lama sangat teringin laksa sardin tin. Haaa terus rajin pulak nak memasaknya. Silap-silap boleh buka kedai laksa versi kopitiam.

Bahan kuah
2 tin sardin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 ketul kiub ikan bilis
2 senduk cili kering yang d blend
2 bunga kantan
3 ikat daun kesum
4 keping asam keping yang besar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Blend bawang merah, bawang putih, belacan, 1 tin sardin besar, tin sardin kecik kita hancur kasar saja.

Dah blend. Kita masuk dalam periuk.

Masukkan cili kering yang dah di blend. 3 senduk dah cukup.

Masukkan air ikut kepekatan yang kita nak.

Masukkan sardin hancur kasar.

Letak 2 ketul kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak-lemak ikan.

Jangan lupa masukkan daun kesum.

Masukkan juga bunga kantan.

Masukkan asam keping.

Akhir sekali masukkan garam dan gula.

Masak hingga mendidih dan cukup masak.

Siap!

Menarik: Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN