
Tak semua orang suka makan mi kuning kerana sesetengah jenama mungkin terasa pahit dan tidak sedap. Itulah yang ‘potong’ selera nak makan.
Sebenarnya cara seseorang itu menyediakan masakan mi juga mempengaruhi rasanya. Sekiranya tidak dibersihkan dengan elok, kesan kapur akan membuatkan rasanya pahit dan tidak sedap.
Bercerita tentang mi, antara menu yang paling menjadi pilihan dan paling mudah disediakan adalah mi goreng.
Noor Hafiza Mohamad berkongsi resipi paling mudah tetapi rasanya sangat sedap. Jom, tengok!
Mee goreng basah guna Numee yang susah nak kembang dan takda rasa pahit 😀
Bahan-bahan:
1 paket mee Numee
Udang (ikut suka nak masuk lauk apa ye 😆)
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
5 sudu kicap manis
3 sudu sos ikan (masin)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
Sayur (kangkung, lobak merah, tomato, cili padi ketuk untuk pedas)
Cara Membuat:
1. Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah.
Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun.
NOTA:
Benarlah resipi ni ada banyak versi, ikut kretiviti kita untuk mengolahnya sehingga sesuai dengan selera. Tiada salah dan betul dalam masakan, paling penting bijak seimbangkan rasa. Pasti sedap dan anak-anak pun berselera nak makan!