Resipi Mini Tortila Nuget Ayam, Menu Simple, Teruja Anak Nak Makan!

Share

Nuget mungkin sudah terlalu bosan pada anak-anak kita. Apa kata kita kreatifkan ikut cara yang dikongsikan oleh Jaja Ramli menjadi mini tortila. Memang kreatif.

Nak tahu macam mana cara hendak membuatnya? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Sedap!


Mini tortilla (nugget ayam). Simple dan sedap, time cuti sekolah ni anak-anak pasti suka. Mak-mak nak bagi nugget je, anak dah bosan, boleh try buat macam ni. Tengok pun anak-anak dah tak sabar nak makan.

Bahan-bahan:
Roll-up wraps
Nuget ayam
Salad
Sos cili
Mayonis

Goreng nuget, tak kisah jenama apa. Salad, nak tahan lama, rendamkan dengan air garam dulu ye, tapi dalam 2-3 minit macam tu dan toskan.

Panaskan dulu kat kuali, terbalik-balikan dalam beberapa saat. Lepas tu lipatkan macam ni, supaya nampak garisan, nanti senang nak potong dua.

Roti wrap ni kedudukkannya camni ye. Lepas tu letaklah mayonis dan sos cili atau apa saja yang kita suka.

Letaklah salad, seketul nugget dan letak lagi sekali sos dan mayonis tadi. Baru rasanya sedap gitew.

Pastu lipatkan roti wrap tu cam ni ye. Dan sebelah lagi pun sama, barulah nampak bentuk tu kan.

Ambil pembalut burger ni, kat tempat you all mesti ada yang corak lain dari yang ni, kat sini ada yang ni je. Ni nak balut mini tortilla kita tu, supaya sos tadi tak ada lah nak meleleh kat tangan, time kita ngap nnti.

Potongkan pada 4 bahagian dan dapat cam ni ye, boleh jimat kertas ni.

Ok, ni cara lipatan tu. Tengok betul-betul ye, ada dua lipatan dan ada tujuannya kenapa.

So akan jadi macam ni. Harap faham ye.

Ni cara nak balut. Letak roti tu ikut garisan ye.

Untuk lebih kemas, kita boleh letak selotep sikit kat situ, terus nampak kemas kan.

Mini tortilla yang dah siap.

Menarik: Dah Besar Tapi Ada Anak Tak Pandai Pakai Baju Sendiri, Jangan Paksa, Ajar Teknik Ni

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN