Resipi Mudah Lala Kam Heong Ala Chinese Restaurant, Memang Sedap! Anak Confirm Suka

Share

Bila dah terlalu kerap masuk dapur terasa  buntu tak tahu nak masak apa untuk juadah berbuka nanti. Apa kata mama masak Lala Kam Heong, resipinya sangat mudah dan senang yang pasti rasanya sangat sedap! Anak-anak confirm suka.

Jom ikuti resipi yang dikongsi oleh Puan Liza ini;

Dia lalu dah. Resepi “LALA KAM HEONG Ala Kak Liza”. Sedap dan mudah.

Bahan-bahan:-

1/2 kg Lala
1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
3 ulas bawang putih ( cincang )
1 biji bawang besar/holand ( cincang )
2 inci halia dimayang halus
4 biji cili padi ( potong halus atau ketuk ) boleh juga guna cili kering.
2 tangkai daun kari
Sedikit daun sup untuk hiasan.
Sedikit garam dan gula.

Bahan-bahan pes :-
1 1/2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
(Campur semua bahan dalam satu mangkuk)

Ok, jom kita masak. Cara masak ada pada setiap gambar.

Panaskan minyak dan tumis bawang holand, halia dn bawang putih.

Masuk daun kari.

Masa ni kau akan bau harum semerbak. Masuk udang kering dan cili padi.

Saya ketuk cili padi tu, kalau hiris halus lagi sedap. Macam biasala saya tak tahan pedas, risau tergigit cili. 🙄✌️

Bahan tumis dah kekuningan, Masuk semua pes tadi.

Masak sampai jadi gini.

Letak 1 cawan air. Masak biar kuah pekat sikit.

Rasa dulu dah cukup masin ke tidak. Jangan pula kau hirup 1 sudu dan telan. Rasa di lidah je kemudian kumur. 🙄✌️

Boleh la perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa.

Masuk lala dan gaul sebati. Biar dalam 5 minit.

Tabur daun bawang.

Siap!

Resepi lain ada di #KakLizaMasukDapur .
Moga bermanfaat.

Kredit:Liza Idris

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

JOM JOIN CABARAN RM10 PA&MA X SSPN – MENANG HADIAH MENARIK

IKLAN