Resipi Mudah Sarapan Pagi & Bekalan Anak Ke Sekolah, Masak Guna Air Fryer Je
Menu sarapan pagi untuk anak-anak biasanya yang mudah dan ringkas. Bagi memancing selera anak-anak untuk makan terutama sarapan pagi, mama ‘terpaksalah’ kreatif ketika menyediakan makanan.
Berikut dikongsikan resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk sarapan pagi. Menu-menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekalan ke sekolah. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ini. Semua menu ini dimasak menggunakan air fryer.
PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha (boleh guna Royale Paratha Fatihah)
Bawang holland | dipotong dadu
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA-CARA:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak.
Buah Kiwi Banyak Khasiat Untuk Tubuh, Jika Susah Tidur Malam, Amalkan Makan Setiap Hari
Buah kiwi juga sangat bagus dimakan bagi memudahkan kita tidur. Untuk anak-anak, bagi mereka makan buah kiwi satu jam sebelum tidur. Amalkan selama dua minggu. Anda akan nampak hasilnya. Tidur anak lebih cepat. Letak sahaja kepala atas bantal, terus mengantuk hendak tidur.
Buah kiwi mempunyai rasa yang menyegarkan dengan tekstur yang lembut. Di samping itu juga, buah kiwi mengandungi vitamin A, C, E dan K, asid amino, asid folik, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.
Kiwi adalah sumber vitamin C yang sangat baik, antioksidan larut air yang melindungi kulit daripada kerosakan berbahaya yang disebabkan oleh cahaya matahari, pencemaran dan asap. Amalan memakan buah kiwi juga membantu melambatkan penuaan dan memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan.
Tidur anak lebih lama. Bagus untuk otak kalau anak dapat tidur lebih lama. Tidur anak lebih berkualiti. Susah anak hendak terjaga tengah malam. Malah untuk orang dewasa juga ianya turut memberikan kesan yang sama. Makan dua biji buah kiwi satu jam sebelum tidur dan anda akan nampak keberkesanannya. Cubalah!
Dalam buah kiwi, ada kandungan serotonin. Serotonin inilah yang membantu kitaran tidur menjadi lebih baik. Kiwi tinggi kandungan antioksida. Antioksidda antara yang menyumbang pada kualiti tidur anak yang lebih baik.
Ajak anak makan kiwi sekali dengan bijinya terus. Jangan buang bijinya. Banyak sangat khasiat yang ada pada buah kiwi.
ANTARA KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM BUAH KIWI:
Vitamin C
Vitamin E
Vitamin K
Folate
Copper
Pottasium
Magnesium
Dalam biji kiwi pulak;
Omega 3
Fiber
Antioksida
Sebagai ibu tentu kita seronok apabila dapat ajar anak makan dengan sedikit ilmu tentang nutrisi. Lagi semangat kita hendak ajak makan walau anak belum suka. Ada modal kita hendak cerita sambil makan dengan anak.
Kenalkan kiwi untuk anak yang susah hendak tidur malam. Banyakkan makan buah-buahan sebagai snek dan makanan utama apabila anak lapar. Orang dewasa juga elok amalkan buah kiwi sebagai snek.
Jika anda mencari sayur hijau yang paling senang dan murah harganya malah baik untuk kesihatan anak, sayur sawi adalah jawapannya.
Bukan sahaja mudah menyediakannya bahkan sayur sawi juga adalah sayur paling disyorkan untuk masalah kulit. Menurut Dr Mazliana Mazlan, sayur sawi ini juga amat disarankan untuk anak-anak yang mempunyai masalah ekzema.
Lengkap dengan segala khasiat dan vitamin, ajarlah anak kecil kita ketika usianya enam bulan lagi.
Sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Sebut sahaja ayam goreng pasti anak-anak tak senang duduk. Selagi tak tersedia di atas meja hidangan, selagi itulah anak asyik bertanya kelaparan.
Resipi ayam goreng ala KFC dengan kriuk-kriuk rangup ini pasti buat anak makan berebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Hazlina Hassan ini. Memang mantap!
Sis nak hadiahkan resepi ayam goreng ala Kepci pada korang. Sis dapat pun dari kakak sis. Lepas ni boleh la korang cuba. Silap-silap tokey kepci nangis.
Bahan-bahan:
Ayam
Tepung bestari pedas -untuk anak ganti yang biasa
1 cawan tepung
2 cawan air
Lepas basuh ayam bersih-bersih, lumur dengan tepung bestari pedas ye korang. Pakailah sarung tangan plastik. Kalau untuk anak-anak boleh ganti dengan tepung bestari biasa je.
Lepas lumur, rendam dengan bancuhan tepung bestari pedas tu 1 cawan tepung, 2 cawan air. Biar 15 minit okei.
Lepas 15 min korang masukkan dalam tepung lagi. Gaul-gaulkan. Buat sampai dia jadi berkuping tuh haa.
Goreng ayam mesti tenggelam dalam minyak. Api sedang.
Tu rupa dia. Baru angkat. Korang jangan letak tepung banyak sangat sebab nanti tak berapa garing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.