Resipi Nasi Beriani & Daging Beriani Simple, Ikut Step By Step Mudah Ini

Share

Bagi yang tak tahu nak masak apa hujung minggu ni boleh cuba resipi nasi beriani dan daging beriani mudah yang dikongsi oleh Noor Atika Mahamood.


Bahan-bahanya :
– 3 cawan beras basmathi
– Butter utk menumis
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 3 kuntum bunga lawang
– 1 batang kulit kayu manis
– 4 biji buah pelaga
– garam secukupnya
– 1 kiub ayam
– 2 sudu rempah beriani
– Pewarna kuning

Bahan Blend :
– 6 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia

Cara-caranya :
1) Panaskan butter, tumis bahan yang dikisar. Masukkan 3 sekawan sampai naik bau.
2) Masukkan beras, garam, kiub ayam, rempah beriani, susu cair & air. Sebatikan lps tu ttp periuk, slowkan api.
3) Bila nasi dh kering masukkan pewarna kuning. Tutup dan biarkan kering lg.
4) Dah kering, gemburkan guna garfu. Siap.


DAGING BERIANI
– 1 kilo daging (rebus sampai lembut)
– 1 cawan air
– 1 paket kecil rmpah beriani MAK SITI
– kentang potong 4
– sedikit susu cair (agak2)
– 2 sudu cili kisar
– 3 sekawan
– daun ketumbar
– tomato potong 4
– garam & perasa secukupnya

Bahan Kisar :
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia

Cara-caranya :
1) Panaskan minyak, tumis 3 sekawan, bahan kisar sehingga naik bau, masukkan rempah beriani & cili kisar.
2) Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang.
3) Masukkan susu sejat sikit. Tambahkan air, garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Siap!!!

**Selamat mencuba

IKLAN