Resipi Nuget Homemade, Comelnya Macam-Macam Bentuk, Terap Pakai Acuan Comel!

Share

Nuget sememangnya memudahkan ibu yang kesuntukan masa menyediakan makanan untuk anak. Namun nuget yang dibeli dipasaran membuatkan kita merasa tidak yakin. Apa kata sediakan nugget homemade sendiri dengan menjadikannya lebih sihat.

Tambahkan sayur dan bentukkan ikut citarasa kesukaan anak seperti yang dikongsikan oleh Yasreen Balqish Al Idrus buat anaknya, Emir Ashmal Sufi. Bukan seperti resipi biasa tetapi dijadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang lebih kreatif agar mampu menarik perhatian si comel. Jom cuba!


Resepi ada dibawah, sesuai untuk anak-anak. Ibu dan ayah pun boleh joint sekali. InsyaAllah bagus sebab tiada bahan pengawet dan msg.

Semua bahan dikisar bersama sedikit air.

Sayur sayur yang digunakan. Boleh gunakan sayur-sayuran lain seperti jagung atau sengkuang.

Bahan yang telah dikisar.

Saya masukkan serbuk ikan bilis bagi menggantikan garam dan serbuk perasa.

Sedikit tepung gandum dan tepung pulut.

Setelah digaul bersama sayur² stim dalam 20 minit.

Kemudian boleh di tekap menggunakan acuan.

Sebelum digoreng, celupkan dengan telur dan kemudian celupkan dalam serbuk roti. Saya gunakan serbuk roti kosong, tanpa pewarna.

Menarik: Mini Paratha Onion Sosej, Menu Simple, Cepat & Sedap. Hanya Guna 3 Bahan Saja!

Nak relaks-relaks, boleh belanja anak minum di Coconut Shake 336.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN