Resipi Overnight Oat Labu Sesuai Untuk Ibu Berdiet

Share

Lumrah sudah bergelar ibu, tentu sahaja saiz dan berat badan mengalami perbezaan. Justeru semangat untuk menurunkan berat badan menjadi agenda utama ramai ibu-ibu.

Menyediakan makanan diet yang sedap tapi berkhasiat menjadi keutamaan geng mak-mak.
Antara menu sihat yang popular dan mudah disediakan oleh para ibu yang sibuk adalah ‘Overnight Oat’ atau oat direndam semalaman.

Resipi ini sesuai dijadikan menu sarapan yang sihat dan berkhasiat apatah lagi jika ibu menyusukan anak sudah tentu bahan utama oat membantu menjadi milkbooster.

Kalau ibu-ibu sudah bosan dengan cara biasa penyediaan oat ala resipi mat salleh apa kata cuba pula versi cita rasa Melayu yang dikongsi oleh Siti Hazneza Abdul Hamid dalam Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN).

Peminat labu tentu sahaja tak melepaskan peluang untuk mencuba resipi ringkas ini.

Resipi Overnight Oat Labu

Untuk buat rendaman oat, saya cuma ambil tiga empat ketul labu (~½ cawan)

Tambah 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan secubit serbuk buah pala. Untuk rempah-ratus pai labu yang lebih tepat, tambah secubit serbuk bunga cengkih (saya tiada, jadi tidak bubuh)

Bahan-bahan:

½ cawan labu lecek yang ditambah serbuk kulit kayu manis dan buah pala
⅓ cawan yoghurt perisa asli
⅔ cawan susu
2 sudu makan flaxseed
1 cawan oat

Bahan-bahan boleh terus digaul rata dan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan atau dibina selapis-selapis seperti gambar berikutnya

Buat lapisan bermula dengan bahan basah. Saya mulakan dengan susu

Tambahkan yoghurt.

Untuk sekali lagi, saya tidak akan letak yoghurt supaya rasa pai labu lebih menyerlah

Tambah puri pai labu

Tambah bahan kering: oats

Flaxseed

Tambah madu, gula perang, kurma atau kismis

Ulang oats, puri pai labu, susu dan yoghurt.

Tabur kuaci labu untuk bahan rangup

Ideanya adalah agar oat rendaman berlapis-lapis seperti parfait.

Kedua-dua balang sudah sedia untuk ‘tidur’ dalam peti ais bahagian sejuk.

Tip Masak Labu

Belah labu jadi dadu besar-besar dan kukus dengan kulitnya supaya mudah diurus kemudian.

Labu yang telah dikukus sehingga empuk bolehlah dibuang kulitnya dan dikisar supaya menjadi puri yang halus dan lembut.

Tidak perlu tambah air.

Bahagi-bahagikan mengikut kesesuaian untuk disimpan dalam bahagian beku (untuk simpanan jangka panjang) atau bahagian sejuk sahaja (untuk digunakan dalam masa seminggu).

Jika hendak buat donat atau keria (kuih gelang), biarkan sejuk ke suhu bilik dahulu sebelum dilecek dan ditambah tepung.

Jika hendak gunakan untuk goreng tempura, kukus sekadar separuh empuk supaya boleh dihiris dan dicelup tepung tempura

 

IKLAN