Resipi Puding Jagung Kastard Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Macam Ice Cream

Share

Puding jagung kastard ini sangat sesuai bila dimakan bersama keluarga di hujung minggu. Kalau mama nak tahu resipi dan cara pembuatanya, jom baca resipi di bawah.

Resepi Puding Jagung Kastard Sedap

Bahan-Bahan:

1 tin jagung manis
1 cawan tepung kastard
1 cawan santan
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 tin air – guna tin susu sejat tadi
pewarna kuning – opsyenal

Cara Membuat Puding Jagung Kastard

Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. Kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. Bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di kisar terlebih dahulu.

Kemudian masukan garam secukup rasa dan tambah masukan air kedalam campuran tadi. Bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur.

Nyalakan api tapi ingat gunakan api yang sangat minimal dan kacau sebentar agar adunan tidak berketul-ketul.
Resepi Puding Jagung Kastard

Jika anda ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning kalau tak ada pun tak apa

Kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.

Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. Mmmmm Sedaappp bila dimakan sejuk-sejuk.

Bila dah tahu cara sebenar buat puding kastard, anda bolehlah cuba, jangan lupa share ya.

 

IKLAN