Resipi Puding Roti Kuah Kastard. Punyalah Senang. Anak Confirm Suka!

Share

Sekiranya anda masih tercari-cari resipi mudah untuk dibuat sarapan pagi atau minum petang esok, salah satunya adalah puding roti. Resipi puding roti ni ada banyak versi. Ada yang dimakan dengan kuah kastard, ada yang dimakan begitu sahaja.

Resipi Lain: [Peniaga Kongsi Resipi Kek Batik Versi Lembut, Mewah Dengan Rasa Coklat. Dijamin Sedap!]

Roti yang digunakan pun ada banyak jenis. Roti putih, roti wholemeal, roti coklay kismis mahupun croissant. Untuk anda yang teringin untuk membuat puding roti, bolehlah cuba resipi menarik yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini.

Resepi Puding Roti Kuah Kastard

Bahan-bahan:

8 keping roti (potong 4)
2 cawan susu segar
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1sk esen vanila
Butter (sapu pada roti)

2 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 sudu gula biasa
2 sudu besar tepung kastard

Ni bahan2 utama kena ada. 1 keping roti tu ariana potong 4. Ngam-ngam dengan loyang size 9″ dengan dua lapisan roti.

Resipi Lain: [Muffin Larva Coklat Cadburry. Tak Perlu Mixer, Kacau Je Semua!]

Cara Membuat:

1. Mula-mula ariana sapu roti dengan butter. Jangan letak banyak sangat butter nanti berminyak sangat.

2. Lepas tu susun roti yang dah siap dalam loyang yang dah disapu butter.

3. Lepas tu pukul telur dan esen vanila sehingga sebati.

4. Dah sebati masukkan gula halus. Pukul sehingga gula hancur@sebati.

5. Masukkan susu segar dan kacau sebati.

6. Tuang adunan atas roti tadi dan tekan-tekan sikit dengan sudu supaya roti terendam. Taburkan kismis di atas.

7. Bakar dengan suhu 200°c selama 25 minit. Boleh kurangkan suhu kalau risau hangit.

8. Untuk kuah kastard pula. Masukkan susu cair, gula, air dan tepung kastard dalam periuk.

9. Masak sehingga kuah pekat. Jangan terlampau pekat cz bila dah sejuk kuah akan lagi pekat.

Bila dah siap, tuangkan kuah kastard atas puding roti. Perghhhhh! Menggodanya puding roti ni. 

IKLAN