Resipi mudah selalu jadi pilihan di hujung minggu. Memasak menggunakan air fryer antara paling digemari kerana masa memasaknya amatlah pantas.
Apa kata kali ini mama sediakan Puff Pastry Sosej Cheese pula untuk sarapan atau minum petang anak menggunakan air fryer yang sudah semestinya cukup mudah malah menjimatkan masa. Jom cuba resipi perkongsian Pn Murni Mj ini.
Menu minum petang Day 1 PKP 2.0, Puff Pastry Sosej Cheese.
Bahan-bahan:
Puff Pastry Kawan
Sosej
Cheese
Telur (untuk sapu atas puff)
Suhu : 200 (10min)
Potong puff pastry dan cheese ikut saiz mini sosej.
Ads
Letakkan cheese di atas puff pastry dan kemudian letakkan sosej mini di atasnya.
Gulungkan kemas macam dalam gambar.
Ads
Jangan lupa sapukan kuning telur di atas puff yang siap digulung.
Susun jarak-jarak dalam Air Fryer dengan suhu 200 selama 10 minit (ikut AF masing-masing).
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada isi ayam lebih tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat nuget tempura. Cara ini boleh beri sedikit kelainan pada anak-anak yang susah nak makan.
Untuk yang ada anak-anak kecil memang akan seronok lah sebab biasanya anak-anak akan suka makan nuget tempura ni. Resepi yang dikongsikan oleh Nahar Efendy Noordin ini simple dan mudah yang boleh kita ikut.
Kalau ada isi ayam bahagian isi lebih mudah nak sediakan. Tapi kalau tidak ada bahagian isi, agak susah sikit lah sebab nak buat nuget tempura ni hanya gunakan ayam bahagian isi sahaja.
Resipi Nugget Ayam Tempura Homemade
Bahan-bahan:
Isi Ayam
½ biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
2 Biji Telur
Serbuk Hilal
Serbuk Maggi Cukup rasa
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Tepung Jagung
Tepung serbaguna
Cara penyediaannya:
1. Mula-mula sekali, kisar semua bahan di atas kecuali tepung serbaguna. Kisar sampai semua bahan hancur dan sebati. Kemudian, sapurkan minyak atau marjerin dalam loyang.
2. Masukkan bahan kisar, tuang ke dalam loyang. Kukus semalam lebih kurang 30 minit atau sehingga masak sempurna.
3. Dah siap kukus, angkat dan potongkan kepada potongan yang kecil. Terpulang kepada kita nak besar mana dan saiz berbentuk apa.
4. Sementara tu, bancuh tepung serbaguna dengan, sedikit air. Jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair.
5. Celupkan isi nugget tadi ke dalam tepung dan terus goreng dalam minyak yang panas.
6. Bila dah bertukar warna keperangan, boleh angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan dengan sos cili.
Kalau buat nuget tempura ni memang berebut dengan anak-anak. Makan dengan nasi panas pun layan tau. Ada yang nak tarik minat anak-anak boleh buat bentuk love, bentuk segi tiga atau ikut kreativiti masing-masing.
Senang dan simple jugak lah nak buat nuget ayam tempura ni. Nak buat untuk berkelah atau majlis makan-makan sesuai buat sendiri nuget tempura ni. Disebabkan isi nya sudah dikukus, jadi time goreng tak perlu lama. Sekadar rangupkan bahagian luar sahaja.
Mendidik anak-anak berpuasa pada usia awal sememangnya dituntut. Namun sebagai ibu bapa usah memaksa anak dengan keras kerana mereka memerlukan masa untuk menerima waktu-waktu sebegini. Pada usia anak 5 hingga 6 tahun, anak-anak diajar untuk berpuasa namun perlu ada caranya.
Tip yang dikongsikan oleh Pn Saleha Idris, Pakar Psikologi Keibubapaan ini perlu diaplikasikan oleh semua mak ayah. Jangan paksa anak kita tapi gunakan pendekatakan psikologi untuk didik anak usia 5 tahun berpuasa.
Tips Anak Awal Usia Berpuasa Waktu PKP
1. Kebiasaannya dibuat untuk anak usia 5-9 tahun.
2. Terangkan kepada anak tentang bulan Ramadan.
Bulan Ramadan dah menjelang. Adik cuba puasa ya. Nanti kita tak boleh makan siang selama 30 hari. Beritahu jadual makan akan berubah. Kita makan dua kali sahaja. Sebelum Subuh dan waktu Maghrib. Perlu memberitahu untuk masukkan info di dalam minda mereka. Terangkan ini latihan buat mereka. Ajar hormat orang puasa. Makan senyap dan bukan di depan khalayak.
3. Panggil mereka juga bersahur.
Semasa sahur kita borak dan berbual. “ Adik puasa ke hari ni, ni adik sahur”. Walaupun mata dia kebil tak apa. Asalkan kita dah masukkan perkataan dalam minda dia.
4. Sebagai ibu ayah yang menjadi role model pada anak anak.
Anak anak akan perhatikan perbuatan ibu ayah. Waktu Ramadan ini mereka akan lihat rutin kita berbeza. Sudah banyak habiskan masa membaca Al-Quran. Waktu tengahari ibu sudah tidak ke dapur tetapi ambil wuduk dan terus membuka Al Quran. Waktu malam dipenuhi dengan solat tarawih dan bermunajat. Anak anak akan tiru perbuatan ini. Percayalah, rumah yang dipenuhi Al-Quran dan mengingati Tuhan, jiwa anak lembut dan mudah dibentuk.
5. Sediakan makanan bernutrisi. Apa yang dimakan akan menjadi darah daging. Pilih makanan yang beri khasiat dan nutrisi. Tidak penting penuhkan meja dengan hidangan banyak. Cukup 1 atau 2 lauk sahaja. Ambil chia seed dapat simpan air dalam tubuh anak. Jadikan mereka tenaga.
6. Tidur awal dan nyenyak. Selepas tarawih boleh buku Al Quran lagi. Mengaji sebelum tidur. Makanan berkhasiat galakkan tidur dan tenaga baik. Boleh ambil minuman atau makanan seperti pisang, susu, dark Chocolate 70% drink OCOC. Bagus untuk dapat tidur nyenyak.
7. Jika anak beritahu mereka lapar. Minta mereka tahan sedikit dahulu. Beri masa contoh lagi 10 minit. Jika tidak dapat juga dan melihat anak sudah tidak berdaya. Minta mereka minum air dahulu. Percayalah kelamaan mereka sendiri tidak selesa untuk makan. Kerana dalam kepala mereka sudah dipasak aku berpuasa ni. Untuk permulaan jika mereka tidak biasa.
8. Kurangkan aktiviti bermain yang guna banyak tenaga. Beri mereka rehat dan santai sahaja.
9. Boleh buat visualisasi. Minta anak tarik nafas tahan dan hembus. Buat relaksasi. Kemudian minta mereka bayangkan diri kuat semangat dan bertenaga.
10. Beri ganjaran setiap hari jika mereka dapat selesaikan puasa.
Beri mereka ganjaran intrinsic (pujian dan penghargaan). Beri mereka ganjaran ekstrinsik. (Duit, masakan kegemaran) Ganjaran ekstrinsik adalah diberi pada awal untuk membentuk habitual behavior. Apabila perbuatan itu sudah boleh ditanam teruskan pasak kebaikan dalam minda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua orang suka makan mi kuning kerana sesetengah jenama mungkin terasa pahit dan tidak sedap. Itulah yang ‘potong’ selera nak makan.
Sebenarnya cara seseorang itu menyediakan masakan mi juga mempengaruhi rasanya. Sekiranya tidak dibersihkan dengan elok, kesan kapur akan membuatkan rasanya pahit dan tidak sedap.
Bercerita tentang mi, antara menu yang paling menjadi pilihan dan paling mudah disediakan adalah mi goreng.
Noor Hafiza Mohamad berkongsi resipi paling mudah tetapi rasanya sangat sedap. Jom, tengok!
Mee goreng basah guna Numee yang susah nak kembang dan takda rasa pahit 😀
Bahan-bahan: 1 paket mee Numee Udang (ikut suka nak masuk lauk apa ye 😆) 5 sudu sos tiram 5 sudu sos cili 1 sudu sos tomato 5 sudu kicap manis 3 sudu sos ikan (masin) 2 sudu kecil garam 2 sudu makan gula Sayur (kangkung, lobak merah, tomato, cili padi ketuk untuk pedas)
Cara Membuat: 1. Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah. 2. Tumis 2 sudu ibu sambal (cili kering, bawang merah, bawang putih). 3. Masukkan air 600ml. 4. Masukkan semua sos dan kicap. 5. Bila dah menggelegak masukkan sayur-sayuran. 6. Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panas, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk. 7. Pecahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah). 8. Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup api dan sedia dihidang.
Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun.
NOTA: Saya rujuk 70% resepi Azie Kitchen dan olah ikut bahan yang ada dapur sahaja. Dia guna kicap pekat dan kicap mee. Saya pula tak pernah beli macam-macam jenis kicap. Hanya ada kicap manis 🙈
Benarlah resipi ni ada banyak versi, ikut kretiviti kita untuk mengolahnya sehingga sesuai dengan selera. Tiada salah dan betul dalam masakan, paling penting bijak seimbangkan rasa. Pasti sedap dan anak-anak pun berselera nak makan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!