Bila berpuasa ni ada masanya tak berselera nak makan menu yang ‘berat’. Mahukan menu yang mudah tetapi sedap dan menyelerakan. Sajian yang sering menjadi pilihan adalah sup. Sup ada banyak versi dan resipinya juga macam-macam jenis.

Ada yang tak memerlukan banyak bahan, tetapi ada juga yang ada tambahan rasa rempah untuk membangkit selera. Seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi ini, resipinya menggunakan rempah sup tetapi tidak keterlaluan.

Ada rasa rempah yang tidak terlalu kuat tetapi sudah cukup untuk buat kita makan bertambah. Ini resipinya;

Kalau mood ‘swing’ cikgu suka layan sup. Hirup sup yang masih panas perlahan-lahan. Pejam mata. Nikmati rasa rempahnya yang berherba dan wangi. Terus segar serta-merta.

Haa kadang sup cikgu buat ada banyak tahap. Yang rasa ringan, sederhana, berempah semua cikgu pernah cuba buat. Cikgu masak ikut kesesuaian. Hari ini cikgu rasa nak makan yang berempah sederhana.

Resipi Sup Ayam Berempah, Sesuai Untuk Berbuka Puasa. Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan!
Sumber foto: Facebook Afy Al-Habibi

Baca Juga:

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

IKLAN

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

Jom tengok cara mudah cikgu buat.
RESEPI SUP AYAM BABA’S

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis ;
– 3 sekawan
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang holland
– 1 sudu besar (tak penuh) rempah sup Baba’s
– Secubit serbuk lada hitam
– Secubit serbuk lada sulah

IKLAN

2. Kemudian tambahkan satu jug kecil air. Masukkan ayam. Ketuk seinci halia.

3. Reneh dalam api perlahan sehingga ayam betul-betul masak. Masukkan juga satu kiub pati ayam Knorr.

4. Selepas itu perasakan dengan garam. Tutup api selepas semua rasa sebati.
*Gaya cikgu tak suka hirup sup yang penuh dengan alat-alat kat dalam periuk. Cikgu nak ambil rasa dan baunya sahaja. Jadi cikgu tapis dulu sup tersebut sebelum dihidangkan. Jadilah kuah sup yang kosong tetapi penuh beraroma*

IKLAN

5. Cara hidangan:
– Sendukkan sup ke dalam mangkuk.
– Perah asam limau nipis
– Taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan cili padi dan bawang goreng.
*Untuk menaikkan lagi aroma sup, bawang goreng dibuat sendiri*

Resipi Sup Ayam Berempah, Sesuai Untuk Berbuka Puasa. Ibu Lepas Bersalin Pun Elok Makan!
Sumber foto: Facebook Afy Al-Habibi

Sedia untuk dimakan. Mudah bukan?
Selalu layan dengan telur, apa kata sekali-sekala layan dengan ikan kering goreng garing pula.
Fuhh tak jadi tak ada mood. Terus muka berubah-ubah merah kerana gembira perut kenyang dengan sedapnya. Hii
Cubalah.

Lauk ini juga sesuai untuk ibu dalam pantang. Dengan adanya lada hitam dapat membantu untuk menghangatkan tubuh ibu. Selain itu, makan sup juga dapat membantu proses penghadaman dan buat ibu lebih mudah ke tandas. Bolehlah cuba resipi ni, sedap dan beraroma!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI