Resipi Roti Goreng Crispy Carbonara Cheese, 10 Minit Dah Habis Licin!

Share

Gabungan roti, keju dan sos carbonara paling mudah dan cukup digemari anak-anak kita. Mana tidaknya, rasanya yang santai dan tidak pedas buat anak-anak cukup sukakannya.

Tercari-cari resipi untuk bekal anak ke sekolah, apa kata cuba Roti Goreng Crispy Carbonara Cheese ni pula untuk anak-anak. Resipi simple dan padu dari Pn Zana Mokhtar.


Resipi ni memang feberet anak anak la. Cukup suka dorang. Buat sarapan pagi atau bawak bekalkan anak anak.

Bahan Bahan:
Roti
Serbuk roti
Tepung gandum
Telur
Sosej
Cheese slide cheddar
Sos Prego Cabonara
Carrot
Bawang putih

1. Gunakan minyak olive oil untuk menumis bawang putih yang di cincang.

2. Masukkan sosej yang dah di potong. Biarkan seketika. Baru masuk carrot yang di potong halus.

3. Biarkan masak sekejap. Selepas tu baru masuk sos cabonora ye. Sedikit serbuk lada hitam. Masak sampai likat dan kering.

4. Ketepikan biar sejuk.

Cara buat roti:

1. Ambil satu sudu tepung gandum dan satu biji telur. Gaulkan dan masukkan sedikit air. Biar seikit cair. Jangan cair sangat ye.

2. Roti buang kan kulit roti tu. Sapukan planta.

3. Letakkan inti cobonara. Atasnya letak kan slide cheese yang dah di potong.

4. Selepas tu boleh buat bentuk segitiga. Tutupkan rapat supaya inti tak keluar nanti.

5. Celupkan bancuhan tepung tadi. Keluarkan dan salutkan dengan serbuk roti.

6. Goreng kan dengan minyak panas. Bila kekuningan emas. Baru angkat yee.

7. Siap untuk di hidang. Senang je nak buat. Boleh la buat menu ni untuk anak anak bawa bekal ke sekolah kan.

Resipi wajib cuba: Homemade Chicken Pai Carbonara, Step By Step Buat Doh & Intinya Pun Mudah

Risoles Ayam Carbonara, Guna Roti Biasa, Rangup Di Luar, Creamy Di Dalam

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN