Resipi Roti Jala Ikut Sukatan Tepat, Pakai Blender Saja, Cukup Mudah!

Share

Satu hal yang sentiasa menjadi masalah bagi kita adalah menyukat sukatan air ketika membuat roti jala. Jangan risau kerana resipi yang dikongsikan oleh Azwa Mokhtar ini cukup lembut dan sukatannya standard. Jadi pastinya tak ada isi terlembut atau terkeras.

Menariknya bancuhan tepung yang dikongsikannya hanya menggunakan blender sahaja. Cukup mudah. Adunan pun pastinya lebih sebati dan tidak berketul-ketul. Jom ikuti caranya. Memang superb!


Assalamualaikum. Saya nak berkongsi resepi membuat roti jala. Kalau dah ada sukatan mudah kita nak dapatkan hasil yang standard. Tak ada la kejap cair kejap pekat adunan kita.

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa

Satukan semua bahan, gaulkan sebati.

Blender sampai halus (dengan sukatan air). Kalau tak nanti ada yang tersumbat di acuan.

Panaskan kuali leper dan mulalah menjala.

Dah siap! Kalau disusun bekas 10×10 ini dapat 81 keping. 9 baris x 9.

Menarik: Apam Milo 4 Bahan Tersangat Mudah Terlajak Gebu!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN