Resipi ‘Simple’ Roti Bakar Ala Kopitiam, Ini Bahan Rahsianya!

Share

Roti bakar antara menu popular yang boleh didapati di kedai kopi. Roti bakar juga antara juadah yang sering di pesan bersama kopi pekat. Bagi penggemar roti bakar, anda boleh cuba sendiri membuat roti bakar menggunakan roti keping sahaja.

Ikuti langkah demi langkah penyediaan roti bakar ala kopitiam yang mudah ini. Selamat mencuba!

Roti 3 bahan ala kopitiam🍞🧈

Bahan-bahan:
1. Roti
2. Sekaya (Sebarang jenama)
3. Mentega Buttercup

Cara-cara penyedian:

1. Potong bahagian tepi roti


2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat)


3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)


4. Susun mentega di atas roti


5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan)

Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba, Foodies✨

Kredit : Ziera Xiera

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

IKLAN