Resipi Sosej Homemade, Air Tangan Ibu, Lagi Selamat & Sedap!

Share

Sosej antara makanan yang cukup mudah disediakan pada anak. Pun begitu sosej yang dijual di kedai pastinya meragukan malah sememangnya tidak digalakkan kepada anak kita.

Menyediakan sosej sendiri di rumah pastinya lebih selamat, bersih dan terjamin kandungannya pada anak kita. Resipi mudah yang dikongsikan oleh Rosmizah Yussof ini mama wajib cuba. Jom cuba sediakan sendiri pada anak!

Bila dah start sekolah mesti mak-mak dah mula fikir nak bawakkan bekal apa untuk anak-anak. Jomlah buat sosej sendiri. Lebih terjamin kebersihan dan kandungannya.

Bahan-bahan:
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam(boleh guna 1 ketul kiub ayam)

Campurkan semua bahan dalam blender dan blender sampai lumat.

Bahan yang telah siap dikisar. Kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk memudahkan dipaipkan dalam plastik. Kaub balikkan supaya sebati.

Masukkan dalam plastik dan gunting bahagian hujung.

 

Picitkan dalam plastik aiskrim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskrim dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.

Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim.

Untuk yang tak suka guna plastik boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun.

Adunan yang telah siap dibungkus.

Masukkan dalam pengukus dan kukus dalam 15-20 minit.

Buka pembalut sosej. 

Panaskan minyak dan boleh digoreng. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga di grill atau bakar dalam oven.

Sosej yang telah siap digoreng. Jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan difrozenkan.

Selamat mencuba!

IKLAN