Resipi Sup Ayam Pekat Berempah, Nak Masak Cukup Mudah, Anak Pun Suka!

Share

Naik buntu dibuatnya bila kehabisan idea untuk memasak. Resipi paling mudah dan tak peningkan kepala mak-mak pastinya sup. Mudah dan senang disediakan.

Apa kata kali ini kita cuba sup ayam berempah pula. Lebih ringkas tapi rasanya cukup umph. Jom cuba resipi perkongsian Zurina Zulkefli ini.

Sup Ayam pekat Berempah. Masak nya mudah je, semua orang suka makan.

Bahan-bahan:
Ayam – potong kecil
Paket serbuk rempah sup
Paket 4 sekawan rempah dan bunjut
Bawang besar
Bawang putih -tumbuk
Halia -tumbuk
Tomato
Kiub bunjut
Kentang -potong dadu
Air secukupnya

Berserta semangkuk ayam bahagian bertulang. Kalau banyak ayam, kena guna dua paket serbuk rempah sup.

Saya tak guna blender sebab saya lagi suka potong macam ni. Hiris sebiji bawang besar senipisnya.

Panaskan 3 sudu minyak masak lansung tumiskan bawang dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.

Kemudian untuk bawang putih dan halia, saya suka tumbuk lumat. Kemudian masukkan ke dalam masakan, kacau sehingga naik bau harum.

Kemudian masukkan sebiji tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.

Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.

Masukkan ayam. Gaulkan rata.

Masukkan dua mangkuk air dan sup bunjut.

Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Saya biarkan sup direneh selama 30 minit pada suhu api kecil.

Sehingga sup dah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.

Sedia untuk dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN