Resipi Wantan Mee Kicap Viral. Makan Pula Dengan Sup Dumpling Panas-Panas Memang Terangkat Sedap!

Share

Kalau dah bosan asyik menu nasi dan lauk pauk, apakata anda cuba pula makanan ala-ala chinese ini. wantan mee kicap tak lengkap rasanya tanpa sup dumpling. Dalam resipi ini disertakan juga resipi sup dumpling. Selamat mencuba!

Wantan Mee Kicap

Bahan- Bahan Mee Wantan Kicap:
Mee Wantan – (dicelur & letakkan sedikit minyak untuk tak melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan

Cara-caranya:
Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. Kemudian, masukkan Mee Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan-bahan kicap tadi. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.

Bahan-bahan sampingan:
Sawi / Pak Choy – dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering – direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air

Bahan-bahan untuk inti Dumpling:

Isi Ayam/Isi Udang
Cendawan Shitake Kering – direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah – ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland – ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung

Cara-caranya:
Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. (Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau tak potong dadu kecil-kecil) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.

Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.

P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu. Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.

Bahan-bahan untuk sup dumpling:

Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling – ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara-caranya:
Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang (jika suka) dan dumpling yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.

Nota:
Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.

Selamat Mencuba!

Kredit: hagia zandra sophia

IKLAN