Resipi Watermelon Meringue Lollipops, Lollipop Versi Rangup Untuk Anak Makan, Sedap!

Share

Lollipop yang dijual dikedai sememangnya selalu jadi pilihan anak-anak kita. Apa kata kali ini kita ubah kelainan dengan menjadikan lollipop ini dalam bentuk Meringue yang diperbuat dari telur.

Lebih selamat lagi, kita buat dan boleh kawal sendiri kandungan bahannya. Selamat anak makan. Jom cuba Lollipop Meringue yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah T-hah ini. Simple.


Watermelon Meringue Lollipops. Excited & ralik sangat buat di ni. Sedap, manis-manis rasa lemon + vanila & crunchy. Tak hanyir bau telur. Anak-anak pun suka makan. Siap buat bentuk diorang suka.

Meringue lollipop ni boleh buat macam-macam bentuk atas kreativiti kita sendiri. Boleh ganti perisa lain selain vanila.

Sesuai di jadikan goodies @ gift. Boleh buat deko atas kek jugak. Ia di bakar dalam tempoh yang lama dengan suhu rendah untuk dapatkan kerangupannya tu. Memang love sangat la kejadian dia.

Watermelon Meringue Lollipops

Bahan-bahan:
3 biji putih telur gred C (100gm)
3/4 cawan gula kastor (150gm)
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, kuning & hijau
Coklat chips

Satukan putih telur & gula. Kacau dulu hingga sebati. Kemudian, kacau di atas api dengan cara Double Boiler hingga gula cair. Angkat & tapiskan ke dalam mangkuk adunan.

Campur jus lemon. Pukul dengan high speed hingga kembang. Campur esen vanila & pukul lagi (high speed) hingga bertanduk (stiff peak). Bila di terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian warna merah, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau & satu bahagian lagi warna putih. Kemudian, masukkan semua adunan ke dalam piping bag berasingan.

Alas dulang pembakar dengan baking paper. Picit adunan putih secara menegak & letak batang lollipop. Selepas tu, picit adunan merah di bahagian atas sebagai isi tembikai.

Masa ni saya sudah panaskan oven pada suhu 90•c. Picit pula adunan putih & hijau secara memanjang di bawah adunan merah tadi sebagai kulit tembikai. Buat step yang sama dengan lollipop tembikai kuning.

Akhir sekali, hias dengan coklat chips sebagai biji tembikai. Bakar pada suhu 90°c selama 2 jam, api atas & bawah.

Meringue lollipop ni pembakarannya memang lama ye untuk dapatkan kerangupan & tekstur yang cantik lepas di bakar.

Biarkan sejuk sekejap baru tarik lollipop dari dulang. Tengok, warnanya masih sama. Tak perang depan & belakang sebab ianya di bakar dengan suhu yang perlahan.

Sedia di nikmati, crunchy sangat. Boleh simpan dalam balang kedap udara atau peti ais. Kalau nak jual balut dengan plastik yang khas untuk lollipop tu.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN