
Gelagat anak-anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, 38, dan isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida, 40, memang tak pernah menghampakan dalam mencuit hati warga maya.
Hampir setiap hari, ada sahaja telatah lucu dan keunikan mereka yang dikongsikan oleh pasangan itu di media sosial, membuatkan ramai tidak kering gusi.
Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Datin Seri Nur Shahida telah memuat naik sebuah video memaparkan si cilik Yusoff Al Qardawi, anak keempat pasangan ini, sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul dalam sebuah video yang sedang memperkenalkan kambing peliharaan milik keluarganya. Aksinya yang bersahaja meraih perhatian ramai di platform digital.
YUSOFF SLUMBER JE PEGANG TAK GELI
Apa yang mencuit hati ramai, Yusoff kelihatan cukup selesa memegang anak kambing tanpa rasa geli atau takut. Sambil memegang haiwan itu, dia memperkenalkan satu persatu nama dan umur kambing tersebut.
“Ini Tasya, dia punya tanduk sikit rosak…” katanya bersahaja, membuatkan ramai kagum melihat sikapnya.
Menerusi kapsyen pula, Nur Shahida memberitahu rutin harian Yusoff setiap petang selepas pulang dari sekolah ialah melawat kambing-kambing kesayangannya yang dinamakan Tasya, Dino dan Dini.
“Balik sekolah petang petang ni lah kerja dia. Melawat kambing kambing dia. Sayang sangat dengan Tasya, Dino dengan Dini. “
Dalam pada itu, Shahida sempat mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan dakwaan spontan Yusoff yang mendakwa susu kambing Tasya telah diperah untuk diberikan kepadanya. Katanya, itu hanyalah gurauan spontan seorang anak kecil yang gemar berimaginasi.
“Korang jangan percaya cakap @yusoffalqardawi_terlajaklaris ni. Takda maknanya saya nak perah susu Tasya bagi dia minum.
Sebelum ini, Nur Shahida juga pernah memuat naik video memaparkan anak kelimanya, Raudah Arshiyah petah berbicara mengenai sikap abang-abangnya iaitu Yusoff Al Qardawi dan Ibraheem Adham.
NETIZEN KAGUM CARA PENERANGAN YUSOFF
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui terhibur dengan keletah Yusoff yang dikongsikan. Tidak kurang juga yang berpandangan bahawa anak kepada Aliff Syukri dan Nur Shahida seorang yang berupaya menjadi aset yang berguna untuk keluarga pada masa hadapan malah bakal menjadi jurucakap buat keluarganya.
“MasyaAllah Yusuf anak bijak.”
“Bagus penerangan Yusof ni.. asah communication skill Yusof masa kecil. Besar nnti boleh jadi juru cakap bisnes papa mama”
“Mama Dia kata Kambing Kat rumah tu dah Mcm kucing , keluar masuk rumah . Masuk bilik , turun naik tangga”
“Bestnyaa diaa balik sekolah main sama kambing”
“Dia punya tanduk sikit rosak.”
“Pandai kembangkan ayat, klu buat karangan kat skolah mesti panjang ni”
View this post on Instagram
Sumber: shahidadherbs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI