Dalam kesibukan kota, di mana langkah-langkah pantas ibu bapa sering terhenti sejenak untuk menyesuaikan diri dengan keperluan si kecil, lahirlah Joolz Aer2 sebuah Stroller premium ini bukan sekadar alat pengangkut tetapi simbol kemudahan dan gaya hidup moden yang menyatu dengan keperluan harian ibu bapa.
Reka Bentuk Pintar
Joolz Aer2 direka untuk ibu bapa yang sentiasa aktif dan sibuk. Dengan berat hanya 6.5kg dan dimensi lipatan ultra-kompak (44 x 53 x 23.5 cm) stroller ini mudah dibawa ke mana sahaja. Fungsi lipatan satu tangan yang pantas penyesuaian leg rest dan recline sepenuhnya menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan udara dan kehidupan bandar yang sibuk.
Keselesaan Maksimum
Joolz Aer2 menawarkan sokongan ergonomik yang luar biasa. Kombinasi tempat duduk yang luas sokongan belakang yang panjang dan sun hood UPF50+ dengan ventilasi memastikan si kecil selesa dalam setiap perjalanan. Dengan aksesori cot lipat yang akan datang pada Julai 2025 stroller ini berkembang seiring dengan tumbesaran anak anda.
Ads
Inovasi dan Gaya
Joolz Aer2 bukan hanya tentang fungsi ia juga tentang penampilan. Dengan roda depan yang lebih besar ruang kaki yang lebih luas dan bakul simpanan yang kini mampu menampung sehingga 8kg stroller ini menggabungkan kepraktisan dan estetika.
Ads
Reka bentuk pemenang Red Dot Award 2025 ini hadir dengan aksesori baru seperti basket bag menjadikannya pilihan sempurna untuk ibu bapa moden.
Komitmen Terhadap Alam Sekitar
Ads
Joolz Aer2 dibina dengan fabrik yang diperbuat daripada botol PET terpakai menunjukkan komitmen jenama terhadap kelestarian alam sekitar. Setiap pembelian stroller ini turut menyumbang kepada penanaman pokok dalam hutan kelahiran Joolz di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.
Dengan jaminan 10 tahun yang boleh dipindah milik, Joolz Aer2 adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Joolz Aer2 bukan sekadar stroller ia adalah manifestasi gaya hidup ibu bapa yang menghargai kemudahan, keselesaan dan kelestarian.
Dengan pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 di Mitec KL, ibu bapa di Malaysia kini berpeluang merasai sendiri kehebatan Joolz Aer2. Harga bermula dari RM259 ia adalah pilihan bijak untuk mereka yang ingin memberikan yang terbaik untuk si kecil dan alam sekitar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan yang terbaik buat anak tersayang. Bahkan kita sanggup berbelanja untuk mendapatkan produk-produk berkualiti demi keselesaan si manja. Mempunyai bayi misalnya, sudah tentu kita akan mencari jenama yang diyakini serta berbaloi dengan harganya untuk dibeli.
Untuk ibu yang sedang hamil misalnya, membeli barangan bayi memang detik yang menyeronokkan. Siapa yang tak teruja kan? Biarpun sedang hamil, ia tidak menghalang ibu untuk mencari produk terbaik buat anak yang bakal dilahirkan. Bukan itu sahaja, buat ibu ayah yang mempunyai bayi kecil juga mahu mendapatkan barangan bayi yang bagus dan murah.
Buat Perbandingan Harga
Selain membuat tinjauan di pasar raya, ibu ayah boleh membuat perbandingan harga dan sebagainya di atas talian. Ia lebih mudah supaya kita akan tahu jenama dan harganya sebelum membeli sesebuah produk. Dengan membuat perbandingan harga di atas talian juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu ke banyak tempat semata-mata untuk melakukannya.
Bertanya Kepada Orang Lain
Selain membuat perbandingan sendiri, anda boleh bertanyakan kepada keluarga atau kenalan tentang sesebuah produk. Kadang-kadang, kita lebih selesa untuk memilih jenama yang disarankan oleh orang lain kerana kita yakin dengan keberkesanan serta harganya. Ini juga salah satu cara yang baik untuk memilih barangan anak.
Membeli-belahDi Pesta Bayi!
Ini yang paling menarik! Di pesta bayi, kita tidak perlu bersusah-payah untuk membuat tinjauan sebagainya. Di sini, mereka biasanya akan menawarkan harga runtuh yang pasti menjimatkan wang. Lebih menarik, kita juga diberikan diskaun dan hadiah menarik sekiranya berbelanja di pesta bayi.
Di pesta bayi juga kita dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana kebanyakan produk bayi atau barangan anak yang diingini akan dijual di sini. Jadi tak perlulah ibu ayah pergi ke beberapa tempat semata-mata untuk mencari barangan yang kita mahu. Senang kan?
Bercerita tentang pesta bayi, ini berita baik buat semua ibu ayah! Bermula pada 11 – 24 Februari 2021 ini, akan berlangsungnya Tesco Baby Fair. Seronoknya!
Kenapa Anda Akan Suka Tesco Baby Fair 2021?
Berbelanja di Tesco menjanjikan ibu ayah mendapat diskaun terbaik untuk setiap produk terpilih. Selama dua minggu Tesco Baby Fair ini berlangsung, banyak tawaran hebat untuk produk bayi yang ada. Yang pasti, ibu ayah dapat berjimat untuk produk yang diyakini. Memang berbaloi!
10 Produk Hebat, Jangan Lepaskan Peluang!
Banyak produk menarik dengan diskaun hebat ditawarkan kepada semua ibu ayah yang mencari barangan anak. Jom, tengok apa yang ada!
Jangan tunggu lama-lama. Dapatkan hanya yang terbaik di Tesco Baby Fair 2021! Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari :
Ada sesetengah kanak-kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar. Kadang sampai menangis-nangis meneran nak membuang. Tapi sudahnya gagal juga nak membuang. Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara sebegitu sering menjadi persoalan yang diajukan kepadanya ketika bekerja di klinik mahupun ditanya di laman Facebook.
Menurut Dr Zubaidi sembelit bukanlah satu penyakit malah kalau si kecil anda membuang tiga hari sekali juga masih dikira normal. Dalam perkongsian tersebut, Dr Zubaidi turut memberi saranan kepada ibu ayah yang tidak mahu menggunakan ubatan sebagai solusi untuk masalah tersebut.
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.
Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Sering kali juga saya ditanya mengenai punca berlaku sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi. Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya tidak menafikan ada beberapa kes di mana punca sembelit disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease)yang disebut Hirschprung’s disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Bagi bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa untuk pemeriksaan doctor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirchprung’s disease dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Penyakit-penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan, jika tidak masalah sembelit akan berulang, sehingga ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung.
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :
1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan doctor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.
Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.
Kehidupan seharian seorang ibu sememangnya sangat sibuk. Ibu yang bekerja atau suri rumah pasti mengalami kesukaran untuk membahagikan masa. Bukan mudah untuk melakukan semua kerja dalam satu masa, tetapi ibu sentiasa berjaya mencari jalan pintas. Salute ibu semua!
Tambah sibuk jika ibu itu menyusukan anak kerana terpaksa mencari masa untuk mengepam susu. Untuk membuat bekalan susu, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Terpaksa ‘bertemu janji’ dengan mesin mengepam setiap jam bukan sesuatu yang mudah bagi ibu untuk mencari masa dan konsisten melakukannya.
Proses mengepam susu tidaklah sesukar mana tetapi ia agak leceh kerana mesin mengepam mempunyai bahagian dan tiub susu yang agak banyak. Inilah ketikanya ibu akan merasa agak susah kerana terpaksa menghabiskan masa untuk mengendalikan mesin mengepam sebelum dapat membuat stok susu untuk si manja.
Jalan Pintas Untuk Buat Stok Susu!
Berita baik untuk para ibu yang menyusukan anak kerana kini anda dapat mengepam susu tanpa merasa susah. Sambil mengepam, dapat buat aktiviti lain. Nak tahu apa yang boleh anda lakukan sambil mengepam?
Rata-rata ibu menyusu akan memilih untuk menggunakan mesin mengepam elektrik sewaktu bekerja dari pam manual atau kaedah marmet. Mesin mengepam elektrik menjadi pilihan para ibu kerana ia menggunakan teknologi yang meniru corak penyusuan bayi dan juga dapat merangsang penghasilan susu dengan pantas.
Pengunaan LacFree Wearable Breast Pump dapat memudahkan ibu untuk mengepam sambil memandu kerana tiada wayar atau tiub yang perlu dipasangkan. Ibu hanya perlu melekapkan silicone shield pada payudara dan menekan mod expression pada motornya untuk memulakan proses mengepam susu.
Untuk suri rumah, anda boleh manfaatkan masa memasak sambil mengepam susu terutamanya jika si manja sedang tidur. Untuk ibu-ibu yang bekerja, proses mengepam susu tidak lagi menjadi sukar sekiranya terutamanya jika anda menggunakan mesin mengepam yang tidak bertiub dan hands-free. Jadi, bila memasak pun tidak akan terganggu!
Sewaktu berehat, ibu masih bebas melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai sambil mengepam susu. Waktu berehat merupakan masa yang terbaik untuk ibu mengepam susu kerana ibu dalam keadaan santai dan bebas dari tekanan. Ini akan menggalakkan penghasilan susu yang lancar.
Jika anda merancang untuk membeli mesin mengepam susu yang terbaik, apa kata pertimbangkan untuk memilih LacFree Wearable Breast Pump. Pemasangannya mudah dan hanya mengambil masa kurang dari seminit. Memang jimat masa! Dengan teknologi ultra-silent, aktiviti mengepam susu menjadi lebih selesa tanpa bunyi yang menarik perhatian orang sekeliling.
Paling penting, LacFree Wearable Breast Pump adalah jenis hands-free dan sangat ringan. Ini merupakan dua faktor penting yang boleh dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah mesin mengepam susu kerana boleh dibawa dan digunakan dengan mudah di mana-mana.
Layari laman web rasmi Shapee untuk mendapatkan promosi harga pelancaran sekarang: http://bit.ly/shapeehome
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...