Rezeki tak pernah salah alamat. Tular video memaparkan pelakon popular Fattah Amin menaiki kereta mewah berwarna ungu di hadapan sebuah kedai emas.
Menerusi video berdurasi 29 saat yang dikongsi akaun TikTok milik All Fend Studio, Fattah Amin dilihat berada disebuah majlis pelancaran.
Dalam video berkenaan kelihatan Fattah Amin bersalam dan memeluk seorang lelaki setelah penyerahan kunci sebuah kereta.
Apa yang meruntun jiwa, reaksi Fattah Amin penuh makna apabila memeluk lelaki berkenaan sambil memejam mata.
Bukan itu sahaja, riak wajah pelakon popular ini seakan termenung apabila berada di dalam kereta mewah jenis Lamboghini mengundang seribu pengertian dikalangan peminatnya.
Ads
NETIZEN DOA BAIK-BAIK DAN SEBAK
Ads
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mungkin ia adalah rezeki untuknya atas kebaikan yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, kereta mewah berwarna ungu itu tidak dapat dipastikan sama ada diberi khusus untuk Fattah Amin atau sekadar gimik pelancaran untuk produk terbaru kedai emas terbabit.
Apa-apa pun semoga urusan dan rezeki Fattah Amin dipermudah di masa hadapan. Juga doa ibu ayah sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan dan kekuatan buat Fattah Amin.
Kasih ibu, kasih yang tiada tandingannya. Dari anak dalam kandungan sehinggalah dah dewasa perasaan sayang itu tak pernah pudar sekalipun.
Jika pergi ke mana-mana mesti akan ingatkan anak. Ibaratnya anak sebahagian nyawa ibu. Jika anak sakit, ibu pun akan rasa sangat terkesan. Betul tak? Nampak sesuatu yang menarik pun, mesti terus terlintas dalam fikiran kalau beli ni anak suka.
Sama jugalah seperti Datin Shahida yang sentiasa fikirkan anak-anak dulu tiap kali pergi ke mana-mana. Di sebalik kesibukan bekerja dan menguruskan bisnesnya, bab anak tetap nombor satu.
Menerusi perkongsian Datin Shahida di instagramnya, apa yang menjadi perhatian ramai adalah niatnya pergi ke pasar nak beli ikan tapi bila lalu kawasan yang menjual baju kanak-kanak terus rambang mata memilih.
“Hati mak-mak macam ni kan…pergi pasar nak beli ikan pun masih sibuk ingat anak… siapa macam saya?”, tulisnya.
Ini kerana dalam video tersebut, kelihatan Datin Shahida singgah pasar malam untuk beli barang dapur dan terus masuk ke khemah yang menjual baju anak-anak serta memilih beberapa pasang untuk setiap anaknya.
Ternyata gaya bersahajanya itu mendapat pujian daripada peminat. Walaupun baju RM10 sepasang pun, Datin Shahida langsung tak memilih malah raut wajahnya begitu gembira sekali dapat belikan untuk anak-anaknya.
Sikap rendah diri ini membuatkannya disenangi ramai dan ramai yang bersetuju biar murah asal selesa.
Video yang dikongsikan oleh Datin Shahida itu telah menarik perhatian golongan ibu yang lain dan mereka pun turut mempunyai pendapat sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Betullah orang kata, mak tak ada tak apa, asal untuk anak ada dan boleh buat mereka gembira.
“Datin relax je beli baju pasar malam..”
Rendah diri, sentiasa support peniaga kecil-kecilan
Kredit: IG Shahidadherbs
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali seorang bayi dilahirkan, antara perkara paling awal yang difikirkan oleh ibu bapa ialah nama. Nama bukan sekadar satu panggilan, tetapi simbol kasih sayang, doa dan harapan yang akan dibawa oleh anak sepanjang hidupnya. Menariknya, trend nama bayi sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan mencerminkan perubahan dalam jiwa serta keutamaan ibu bapa.
Menurut satu perkongsian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perubahan ketara dapat dilihat apabila membandingkan pilihan nama bayi dahulu dan kini. Ia bukan sekadar soal bunyi nama, tetapi turut mencerminkan perubahan gaya hidup, pemikiran serta cara ibu bapa melihat masa depan anak mereka.
Sebelum tahun 2000, kebanyakan ibu bapa memilih nama yang bersifat klasik dan tradisional. Nama seperti Kamarudin, Baharudin, Osman, Mustapha, Kassim, Zainal dan Salleh sangat biasa digunakan dalam masyarakat. Nama-nama ini lazimnya diwarisi daripada ahli keluarga terdahulu, khususnya datuk atau bapa.
Bagi generasi dahulu, nama anak dianggap sebagai satu kesinambungan warisan keluarga. Ia melambangkan identiti, asal usul serta nilai yang ingin diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Nama yang panjang dan penuh makna dipilih dengan teliti, selalunya berkait rapat dengan agama, akhlak dan budaya setempat.
Ciri utama nama dahulu ialah bunyinya yang klasik, jelas pengaruh tradisi dan membawa makna yang mendalam. Walaupun kedengaran formal, nama-nama ini kekal relevan dalam jangka masa panjang dan menjadi identiti yang kukuh buat pemiliknya.
Nama-nama ini kebanyakannya mempunyai bunyi antarabangsa dan tidak terikat kepada satu budaya sahaja. Faktor globalisasi, pendedahan kepada media sosial serta inspirasi daripada tokoh terkenal dan selebriti turut mempengaruhi trend nama bayi hari ini.
Ciri nama kini lebih pendek, mudah dieja dan senang disebut oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ramai ibu bapa juga mengambil kira kesesuaian nama anak dalam dunia moden, termasuk dari segi pendidikan, kerjaya dan pergaulan antarabangsa pada masa hadapan.
Perubahan trend nama bayi sebenarnya mencerminkan perubahan cara hidup dan cara berfikir ibu bapa. Generasi hari ini hidup dalam dunia yang lebih terbuka, pantas dan serba moden. Oleh itu, pemilihan nama juga disesuaikan dengan realiti semasa.
Menurut JPN, nama klasik kini semakin kurang digunakan berbanding dahulu, manakala nama moden dan ringkas menjadi pilihan utama. Faktor kemudahan sebutan, ejaan yang tidak rumit serta keinginan untuk memberikan identiti unik kepada anak memainkan peranan besar dalam perubahan ini.
Namun begitu, perubahan trend ini tidak bermaksud nilai lama ditinggalkan sepenuhnya. Ramai ibu bapa masih memilih nama moden yang mempunyai maksud baik dan berunsur keagamaan, cuma disampaikan dalam bentuk yang lebih ringkas dan kontemporari.
Walau apa pun trend semasa, perkara paling penting ialah makna dan niat di sebalik nama tersebut. Nama adalah satu doa yang akan disebut sepanjang hayat anak. Ibu bapa disarankan memilih nama yang membawa maksud positif, mudah disebut dan tidak mengelirukan dari segi ejaan.
JPN juga menekankan kepentingan memastikan nama anak mematuhi garis panduan pendaftaran bagi mengelakkan sebarang masalah pentadbiran di kemudian hari. Selain mengikut trend, aspek praktikal dan jangka panjang juga perlu diberi perhatian.
Hakikatnya, sama ada memilih nama klasik atau moden, kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Nama dahulu mencerminkan warisan dan tradisi, manakala nama kini menggambarkan kreativiti serta keterbukaan ibu bapa terhadap dunia yang semakin global.
Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, perubahan trend nama bayi ini adalah satu evolusi semula jadi. Ia bukan soal betul atau salah, tetapi cerminan kasih sayang dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak mereka.
Kerana pada akhirnya, di sebalik setiap nama, tersimpan doa yang tidak pernah putus dan akan terus mengiringi langkah seorang anak sepanjang hidupnya.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan RM10 ribu kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Namun pencarum disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Dalam satu laporan yang lain, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana persaraan ahlinya yang telah berkurangan.
Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas.
Tiga program pengeluaran khas KWSP itu adalah pengeluaran prapersaraan yang diperkenal sebagai langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!