Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anaknya. Begitu juga Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida. Kelahiran Yusoff Al-Qardawi betul-betul membuka rezeki baru dalam keluarga mereka. Setiap anak membawa rezeki, tetapi rezeki mereka dalam bentuk berbeza-beza.
Setelah 6 tahun, Datuk Aliff Syukri boleh merasa buat majlis cukur jambul untuk anaknya tidak lama lagi. Datuk Aliff Syukri berkongsi rasa syukur menerusi posting di Instagram milik beliau setelah persiapan cukur jambul anaknya hampir selesai. Ikuti perkongsian ini;
Datuk Rizalman menghadiahkan sentuhan dari Kota Paris buat baby Yusoff. Bertuah betul baby Yusoff. Sentuhan Datuk Rizalman memang menjadi impian setiap orang.
Datuk Rizalman memang betul-betul hebat. Hasil sentuhan tangan beliau memang tak dapat dinafikan lagi. Gambar sebelum dan selepas dihias sangat berbeza.
Datuk Aliff juga berkongsi gambar pelamin cukur jambul dalam Instagram milik baby Yusoff Al-Qardawi untuk peminat-peminat babynya. Sangat cantik sentuhan Datuk Rizalman, betul-betul berbakat.
Ads
Datuk Aliff bersama Datin Shahida diatas pelamin cukur jambul baby Yusoff
Ads
Komen dari pengikut Instagram baby Yusoff
Rata-rata turut berkongsi kegembiraan yang sama dan memuji sentuhan Datuk Rizalman. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida.
Untungnya kalau dapat tengok depan mata
Ads
Peminat baby Yusoff nampaknya tak sabar tunggu majlis tersebut. Ramai yang mendoakan yang baik-baik buat baby Yusoff.
Betullah orang kata, bila ada anak perempuan, keterujaan untuk menggayakannya buatkan ibu-ibu berpinar mata nak beli baju dan aksesori yang comel. Kalau boleh dari hujung rambut sampai hujung kaki, biar anak nampak cantik.
Sama jugalah situasi ibu ini, Puan Eida Alias, 25, ibu kepada Nur Annasya Mardhiyyah bt Mohamad Sobrie, 2 tahun 2 bulan yang begitu pandai bergaya dengan penampilan bertudung macam orang dah besar.
Mula pakai tudung ketika 10 bulan
Menurut Eida, ketika Annasya berumur 2 bulan lagi, memang dah dibiasakan pakai perhiasan di kepalanya. Contoh ketika nak keluar selalu pakaikannya headband. Ketika umurnya 10 bulan, saja suka-suka pakaikan tudung ketika hari raya dan tak sangka dia ok.
“Kebiasaannya kanak-kanak, bila dah lama-lama pakai dan rasa tak selesa, akan ditariknya tapi Annasya tiada masalah. Jadi selepas itu, saya mula membeli tudung sarung untuk membiasakannya dan selepas itu cuba pula pakaikan tudung bawal dan shawl. Alhamdulillah dia tak cabut pun, melainkan saya yang buka.
“Walaupun dililit atau dipakaikan kerongsang, penerimaannya sangat bagus malah saya tengok dia jadi lebih yakin dan seronok apa yang dia pakai. Bagaimanapun, bukanlah sepanjang masa keluar saya mewajibkan pakai tudung. Tengok pada cuaca dan tempat jugalah. Semua ni kena ambil kira sebab dia pun masih kecil,” katanya.
Ada 20 koleksi tudung
Tambah Eida lagi, tak sangka setiap kali dia berkongsi gambar-gambar Annasya ramai yang beri komen positif. Jadi sejak dari itu saya pun mula menambah koleksi tudung Annasya dan jika beli sedondon saya akan jahit ikut saiznya. (Klik sini untuk dapatkan koleksi tudung Annasya)
Kini Annasya dah ada 20 koleksi tudung. Semua itu akan dipakainya mengikut kesesuaian tempat bila nak keluar. Lagipun suami dan ahli keluarga menyokong dan tak kisah, asalkan Annasya gembira.
Disebabkan gaya Annasya yang memakai tudung macam orang besar, ke mana saja dia pergi mesti orang akan geram. Kadang kita pula rasa serba salah,” kata Eida yang bertugas sebagai pembantu tadika di Terengganu.
Suka bawa beg tangan
Kongsi Eida, selain suka memakai tudung tiap kali nak keluar, ada satu lagi tabiat Annasya adalah nak bawa beg tangan. Tak kisahlah ke mana pun, beg tangan mesti ada. Jika tak dia akan tanya dan minta.
“Itu pun dia minat dengan sendiri. Mungkin sebab selalu tengok ibunya bawa. Jadi dalam beg tangan itu mesti kena ada duit RM1, pelitup mukanya dan makanan kegemarannya. Tiga barang ni wajib ada.
“Kalau budak-budak lain mungkin rasa rimas bila nak pegang-pegang, tambah lagi bila nak main atau berlari-lari tapi Annasya dia tak begitu. Kadang nak tergelak pun ada melihat gelagatnya,” ujarnya.
Menurut Eida lagi, ada jugalah ibu-ibu yang ada anak perempuan tanya apa tip yang dia buat pada Annasya sehingga boleh memakai tudung dengan elok?
“Jawapan saya adalah, biasakan dari awal lagi dengan memakai aksesori di kepalanya dan bila dah boleh duduk, boleh cuba pakai tudung sarung. Bila anak dah biasa, dengan sendirinya ok.
“Tapi jika awal-awal anak tak biasa, bila dipaksa pakai itu yang buat anak menangis dan mahu menarik atau mencabut apa saja yang ada di kepalanya. Lagi satu, anak-anak kecil ini kita tak boleh paksa. Sebab setiap anak, tak sama.
“Apa yang penting, mereka rasa enjoy melalui kehidupan kanak-kanak sama seperti rakan sebayanya,” akhirinya.
**Boleh dapatkan tudung kanak-kanak yang comel di sini pada harga yang berpatutan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat.
Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatkan oleh pihak lebuh raya dalam keadaan tak bermaya di lokasi tempat kemalangan.
Lebih menyedihkan, arwah ibu bapa dua beradik ini ditemui telah meninggal dunia di tempat duduk hadapan.
Berikutan kisah tragis ini, seorang pengguna Facebook iaitu Muhamad Firdaus Ali berkongsi maklumat di mana ibu kepada dua beradik tersebut Allahyarham Khairunisa Azman pernah memohon kemasukan ke tahun satu sesi 2021 untuk anak sulungnya. Justeru, beliau yang mewakili pihak Yayasan Pendidikan Hidayah akan mengambil inisiatif bagi meneruskan hasrat arwah.
Dana Anak Yatim Khairunisa (DAYak)
Pada 10 Mei yang lalu, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman dan suaminya Herry Mohd Ali. Namun, kedua-dua anak lelaki mereka terselamat. Kejadian tersebut dipercayai berpunca dari tayar kereta yang pecah lalu kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di bahagian tanah rizab tepi jalan. Kejadian tersebyt hanya disedari orang awam sekitar 10.40 pagi, pada keesokan harinya.
Selama hampir 12 jam kedua-dua anak yatim piatu itu berada dalam kegelapan, kesakitan, ketakutan, kelaparan dan dahaga tanpa bantuan. Kedua-dua anak itu kemudiannya telah dirawat di Hospital Kulai. Ayah dan ibu mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Hospital Sultan Ismail, Tebrau, Johor.
Allahyarhamah Khairrunisa adalah pelajar Master di UTM dalam bidang kaunseling. Beliau juga pernah menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Adalah menjadi hasrat kedua Allahyarham untuk anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah islam Hidayah. Ini kerana Allahyarhamah telah memohon kemasukan ke tahun 1 sesi 2021 untuk anak sulungnya.
Yayasan Pendidikan Hidayah mengambil inisiatif untuk meneruskan hasrat murni kedua-dua Allahyarham.Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan Hidayah, mereka memaklumkan bahawa kutipan Dana Anak Yatim Khairunisa dibuat untuk menampung belanja sara hidup dan perbelanjaan pelajaran kedua-dua anak yatim tersebut sehingga umur mereka mencecah 18 tahun.
Setakat dana tersebut dilancarkan, Yayasan Pendidikan Hidayah telah menerima sebanyak lebih daripada RM74 ribu. Kesemua dana yang terkumpul akan disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan dan akan melalui waris baru mereka iaitu ibu dan ayah kepada Almarhumah Khairunisa Binti Azman.
Ujian terhebat bagi pasangan yang telah berkahwin apabila tidak dikurniakan zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat begitu juga dengan pasangan Puan Raihana Kadir dan suami. Namun mereka tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif untuk mendapatkan cahaya mata.
Siapa sangka raya kali ini sangat bermakna bagi pasangan ini apabila sudah lima tahun beraya berdua. Tahun ke-6 mereka dapat beraya bersama tiga cahaya mata sekaligus. Puan Raihana juga tidak terfikir akan melalui detik indah ini.
Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah..
semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini..
Jika sebelum ini hari raya hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran bayi kembar tiga mereka iaitu Huda, Harras dan Haris.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan hampir 3 ribu perkongsian di laman Facebook. Ramai yang menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat untuk tidak berputus asa demi mendapatkan zuriat.