Tarikh 8.8 2021 jadi hari paling bermakna buat jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, apabila membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia setelah berjaya menghadiahkan pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.
Kredit: Bernama
Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat menahan sebak dan terus menitiskan air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.
Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, kejayaan yang diperoleh hari ini adalah berkat doa seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia walaupun dia terpaksa berkorban untuk anak, isteri, ibu dan ayahnya.
Dalam linangan air mata itu, Azizulhasni memberitahu sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia.
Tambah sedih lagi, ketika sedang membuat persiapan untuk saingan Olimpik ini, Azizulhasni turut menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang diuji dengan mild stroke.
Ads
“Sedih sangat sebab tak dapat nak jenguk ayah, tapi adik beradik saya beri sokongan dan minta untuk fokus Olimpik je, jangan fikir ayah. Sahut cabaran demi negara.
Kredit: Bernama
“Bukan itu saja, pengorbanannya meninggalkan kampung dan ibu sejak berusia 15 tahun demi sukan berbasikal ini dianggap berbaloi dengan apa yang diperoleh hari ini,” katanya.
Sementara itu, dalam momen penuh emosi itu, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.
Ads
Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat.
Tahniah Azizulhasni! Anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila Jalur Gemilang tetap berkibar di Velodrom Izu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perpisahan yang terjadi antara Fizo Omar & Mawar Karim mengejutkan banyak pihak. Benarlah jodoh dan maut ditangan Allah. Namun Fizo menyatakan untuk terus menjadi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Maryam.
Malah dalam temu bual dengan media, Fizo kelihatan sangat tenang menjawab soalan-soalan yang diajukan pihak media.
Beliau juga menyatakan belum ada kepastian tentang penjagaan Wan Maryam tetapi tidak akan memisahkan anak dengan bekas isteri, Mawar.
Menerusi Instagram Fizo memuatnaik gambarnya bersama Mawar beserta kapsyen yang menyatakan usaha telah dijalankan sebelum ini dan sepakat untuk berpisah secara baik.
Bekas Naib Juara Hero Remaja 2007/2008 ini turut menyatakan tiada perbalahan yang berlaku dan meneruskan hubungan baik untuk menjadi co-parent kepada anak mereka, Wan Maryam.
IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN
Terima kasih sya nak ucapkan kepada semua yang mendoakan yang baik-baik utk saya dan Mawar. Segala penulisan yang positive dari kawan media dan komen-komen yang positive dari netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua untuk kami.
Apa yang berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK
“Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik. Saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya dan kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positive dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya.”
STATUS SEBAGAI CO-PARENT KEPADA ZURIAT KAMI
“Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin Allah, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kepada zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
“Insyallah hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.”
TIADA PERBALAHAN, PERMULAAN FASA BARU
“Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri. Semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak.
“Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripada anda semua yabg berterusan untuk kebaikan kami.”
Tindakan seorang lelaki yang tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kemalangan yang membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa itu dipercayai berlaku jam 5.46 petang.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan terbabit.
“Suspek kemudian dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya apabila tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.
“Malah, kenderaan itu juga melanggar dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.
“Kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan.
“Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.
Tular semalam di media sosial berkenaan kes dera yang melibatkan kanak-kanak di sebuah tadika di Melaka. Guru-guru yang terlibat dalam kes dera kanak-kanak di tadika tersebut telah di siasat oleh PDRM. Namun rata-rata netizen masih belum berpuas hati dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak di tadika tersebut kerana perbuatan guru tersebut tidak boleh diterima akal.
Susulan tular kes ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media. Menerusi kenyataan ini, KPM amat memandang serius dengan kejadian yang berlaku dan telah mengambil tindakan sewajarnya ke atas dua guru terbabit. Ikuti kenyatan media ini;
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius akan kejadian penderaan murid di tadika swasta di Melaka seperti yang tular di media sosial serta dilaporkan oleh media pada 13 Ogos 2018.
Kejadian terbabit telah berlaku di Tadika PPKK Seri Bijak Bestari 3, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka melibatkan dua orang guru yang terlibat. Ini bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid dan bertugas di tadika berkenaan.
Pihak Pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam operasi mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur 4+ dan 5+. KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memantau pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Pada 11 Ogos 2018, kes ini telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KPM menyerahkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru-guru terbabit.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.