Di usia 41 tahun, rezeki Ozlynn Wati mempunyai 6 cahaya mata. Malah yang menarik perhatian, usia anak sulungnya pun dah remaja dan bila berjalan bersama anak-anak tak nampak pun seperti ibu dan anak.
Menerusi perkongsian Ozylnn di instagramnya, dia bersyukur jodohnya dapat berkahwin muda walaupun pada hakikatnya belum puas menikmati zaman tersebut. Malah jodohnya bersama pelawak, Johan itu juga dikira sebagai satu nikmat dari Allah.
Dalam posting tersebut, dia memuat naik gambar ber”OOTD” dengan anak lelakinya sambil berkongsi kisah mengenai kehidupan rumah tangga.
“Bila anak bujang ajak dating. Tak berjanji pun nak pakai style sama or warna sama. Tau2 je bila jumpa kat bawah. Aikkk? Sama arr so lets ootd.
“Haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang u. habis tu.. tu la untung kahwin muda. Kahwin pun sebab abah mak suruh. Kalau tak, mau sekarang ni aku hohaaaa entah kemana.
“Orang selalu tanya best ke kahwin muda?? Aku akan jawab, hilang la zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya. Tapi kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, insyaAllah segalanya mudah.
“Maksud aku mudah bukan bererti takde ujian, pasti akan ada pasang surutnya.. yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia. Paling hebat bila kesabarannya diuji.
“Sampai sekarang diuji dan perangai aku masih macam dulu. Kadang sama naik dengan anak yang nampak berubah, pandai manage time, pandai carik duit, pandai masak. Yang lain2 Insyaallah bakal menyusul,” tulisnya.
Ads
Ozlyn berkata, perkara paling menyeronokkan apabila fizikal diri dilihat seperti rakan sebaya dengan anak meskipun belum mencecah usia 40-an.
“Paling best bila kita belum masuk angka 40-an, anak pun dah remaja. So bila berjalan kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik.
“Tapi ada jugak yang tak best bila kau rasa dah cukup, sebab anak2 dah besar. Kau pun dah boleh cuti2 and ber “me time”, suami pulak order nak baby lagi.. eh dia ingat aku kilang baby ke apa?!
“Haaa dah kena main kejar2 balik, tup2 6 orang dah. Lepas ni kalau dia order lagi memang aku luku kepala laki aku..
“Ni bahagian yang best jek aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur, anak tak sihat semua tak payah cerita la sebab aku bersyukur sangat apa yang ada sekarang nih. Kehidupan yang biasa2,” katanya.
Ads
Sebagai penutup, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu menitipkan doa buat mereka yang belum bertemu jodoh atau suami isteri yang masih menanti rezeki cahaya mata.
“Apapon aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik2.
“Yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri.
Ads
“Yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudimembesarkan n berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian,” ujarnya.
Ozlynn dan Johan dikurniakan enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tiga beranak pergi bersama. Ibu dan dua anak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang semalam, ditemukan lemas awal pagi (26 Jun).
Ditemukan seakan-akan saling berpelukan
Mayat Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai kira-kira jam 3.30 pagi di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggelam di dasar sungai berkenaan.
Kereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Kredit Gambar: Metro
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata terdahulu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya serta Baling melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan pada jam 6.42 petang berhubung insiden itu.
Beliau berkata, pasukan kemudian berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Anggota melakukan penandaan di tempat yang dikenal pasti sebelum anggota penyelam daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman, mengesahkan kenderaan itu berada di lokasi.
“Susulan itu, proses menaikkan kenderaan terbabit dilakukan mulai jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi tadi. Kereta itu kemudian berjaya dibawa naik ke atas jambatan.
Kredit Gambar: Metro
“Tiga beranak terbabit ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu. Mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian, awal pagi tadi.
Syufaat memaklumkan, mayat Mashitoh berjaya dikeluarkan pada jam 3.32 pagi diikuti kedua-dua anaknya selang dua minit kemudian, dalam operasi yang turut dibantu penduduk kampung, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Mayat ibu dan anak ditemui berpelukan di tempat duduk belakang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada mulanya pasukan menghadapi cabaran di mana anggota telah mengikat rantai besi pada mata kren tetapi ia tercabut akibat arus deras.
Justeru, katanya, cubaan kedua dilakukan dengan melilit rantai besi itu pada tayar kereta dengan lebih ketat sebelum kenderaan itu berjaya dinaikkan.
“Ketika ditemukan, semua mangsa dalam kereta berkenaan nampak seakan-akan saling berpelukan, dipercayai apabila kenderaan itu terhempas ke sungai,” katanya.
Difahamkan, mayat tiga beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
Kebanyakkan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
Trauma sendiri yang tak selesai
Penat
Burnout
Projection (marah kat orang lain tapi project pada anak)
Marah macam mana sekalipun, elak lakukan perkara dibawah ini kepada anak-anak:
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
Kenapa bahaya marah anak berlebihan?
Kita merasakan dengan melepaskan kemarahan itu adalah cara mendidik. Namun sebenarnya ada cara yang lebih baik dalam mendidik. Bukan marah tapi cuma hanya bertegas dengan anak.
Anak kita boleh kena Fear Loop jika kita terlalu garang dalam mendidik.
– marah
– jerit
– tengking
– pukul
– terlalu keras
– kasar
Fear Loop ni bahaya sebab anak akan sentiasa hidup dalam ketakutan walaupun dia tak buat salah apa-apa pun. Tambah bahaya bila anak jenis yang Highly Sensetive Child.
Kena jerit sekali je, tapi jeritan kita tu bergema-gema dalam kepala otak dia sampai ke besar.
Banyak sangat la rantaian masalah yang boleh terjadi selepas itu.
– penakut
– penipu
– keras kepala
– kuat berontak
– kurang adab
– terbantut
– lemah daya fikir
– emosi tak stabil
– impulsif
Tak terkira. Ini la ripple effect fear loop yang kita takut sangat tu.Patut la terlalu garang pada anak usia 6 tahun ke bawah adalah di larang sama sekali dalam gaya parenting islam.
Usia 1-6 tahun adalah fasa paling rapuh ( fragile ) otaknya. Sikit silap je, boleh berderai sel sel otak anak jatuh.
Percayalah, jika 6 tahun pertama ni kita tak jaga betul-betul kesihatan otak anak kita nescaya kerja parenting 6 tahun berikutnya akan jadi sangat sangat sukar.
Kredit: Dr Rozanizam Zakaria
Kredit:Mohd Fhais Salim
Kredit gambar: TRB
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terror! Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Conteng dinding dah sinonim dengan anak kecil. Walaupun tak banyak, mesti akan ada kesannya. Hasil kreativiti ini kadang-kadang boleh berlaku kat mana-mana dinding rumah. Tak ruang tamu, mesti akan jumpa kesan tu dalam bilik.
Kalau dah banyak sangat kesan contengan itu, sakit juga mata. Sampaikan kalau tetamu datang rumah pun kita rasa serba salah. Nak cat semula dinding tak ada masalah, tapi selagi anak masih belum faham tetap kena lalui situasi ini.
Jadi bagi mama papa yang mengalami situasi macam ni, apa kata cuba bersihkan kesan contengan itu dengan cara yang dikongsikan oleh Nur Adiba Hassan.
Boleh bersihkan kesan pensil, pensil warna atau krayon. Mudah dan berkesan!
Hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Bahan-bahan:
1. Cif
2. Berus hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Cara-cara:
1) Letak sikit cif atas berus hijau yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
2) Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain tu dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
Ok lah hasilnya. Dapat hilangkan kesan pensil, crayon.
Mama papa boleh cuba buat dan tengok hasilnya. Sekurangnya nampaklah bersih sikit dinding rumah. Cubalah!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.