Terdahulu wajah Naura yang mirip selebriti Neelofa mencetuskan fenomena. Malah, kemunculannya di program MeleTOP pada Selasa lalu juga menjadi perhatian ramai.
Sejak Naura muncul bersama Neelofa, pengikut di instagramnya dah hampir nak mencecah 100,000.
Sumber: Mstar & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendaftaran Tahun 1 2027 kini dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia termasuk murid dalam kohort enam dan tujuh tahun, selaras dengan pelaksanaan dasar baharu pendidikan yang diumumkan kerajaan.
Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac bagi memastikan anak mereka mendapat penempatan di sekolah rendah bagi kemasukan Tahun 1 pada sesi persekolahan 2027.
Bagi kohort enam tahun, kanak-kanak berumur lima tahun ke atas yang lahir di luar tempoh 2 Januari hingga 31 Disember 2021 kini layak untuk mendaftar kemasukan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027. Ketetapan ini memberi peluang lebih awal kepada ibu bapa yang merasakan anak mereka bersedia dari segi perkembangan pembelajaran.
Sementara itu, bagi kohort tujuh tahun, kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 pula boleh membuat pendaftaran melalui kategori tersebut tanpa sebarang sekatan tambahan.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, penetapan umur dan kohort ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 secara sukarela mulai tahun 2027 tanpa perlu menjalani ujian saringan diagnostik.
“Ketetapan ini dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang membolehkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula 2027 secara sukarela, tanpa perlu melalui ujian saringan,” jelasnya.
Menurut beliau, langkah ini memberi lebih fleksibiliti kepada ibu bapa dalam menentukan kemasukan awal anak ke alam persekolahan, selain mengambil kira tahap kesiapsiagaan individu kanak-kanak itu sendiri.
Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) menerusi pautan rasmi https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa dinasihatkan memastikan maklumat peribadi dan dokumen sokongan diisi dengan lengkap bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses semakan.
Menurut pihak kementerian, pendaftaran ini terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun iaitu berusia lima tahun ke atas serta kohort tujuh tahun iaitu berusia enam tahun ke atas.
Keputusan ini susulan pengumuman kerajaan bahawa ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid Tahun 1 untuk kanak-kanak berusia enam tahun tidak akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2027.
Langkah ini dilihat sebagai satu perubahan besar dalam sistem pendidikan awal negara yang sebelum ini meletakkan ujian saringan sebagai penanda aras utama kelayakan kemasukan murid ke Tahun 1.
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk membuat perancangan awal, menilai tahap kesediaan anak serta melengkapkan proses pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran kemasukan ke Tahun 1.
Pendaftaran Tahun 1 2027 ini dijangka memberi kelegaan kepada ramai ibu bapa, khususnya mereka yang selama ini bimbang terhadap tekanan akademik awal dan kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak.
Sumber: Kosmo!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu fikir bermain air di kolam atau tasik sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan untuk anak-anak. Tapi siapa sangka, di sebalik ketenangan air yang nampak jernih, tersembunyi satu ancaman yang boleh meragut nyawa dalam sekelip mata?
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pemergian seorang kanak-kanak lelaki, Jaysen Carr, berusia 12 tahun dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh peguam keluarga, Jaysen meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat jangkitan sejenis ameba berbahaya dikenali sebagai Naegleria fowleri, atau lebih dikenali sebagai ameba pemakan otak.
Menurut laporan, tragedi ini berlaku selepas Jaysen dilaporkan berenang di Tasik Murray, sebuah takungan air tawar yang terletak kira-kira 24 kilometer dari Columbia. Dalam masa beberapa hari, Jaysen mula menunjukkan simptom seperti demam, sakit kepala, muntah dan akhirnya disahkan dijangkiti ameba tersebut oleh Hospital Kanak-Kanak Prisma Health.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Naegleria fowleri hidup dalam air tawar suam, seperti tasik, sungai dan kolam yang tidak dirawat sempurna. Jangkitan berlaku apabila air yang mengandungi ameba ini masuk ke dalam rongga hidung semasa aktiviti menyelam atau berenang.
Dari situ, ia menyerang otak melalui saluran penciuman dan memakan tisu otak manusia. Ia menyebabkan kerosakan yang sangat cepat dan kebiasaannya membawa maut dalam tempoh 5 hingga 7 hari selepas simptom pertama muncul.
Sejak 1962 hingga 2024, hanya 167 kes dilaporkan di Amerika Syarikat, dan hanya empat orang sahaja yang terselamat. Ini menunjukkan jangkitan ini sangat jarang, tetapi apabila ia berlaku, kemungkinan untuk sembuh amat tipis.
Oleh kerana gejalanya mirip demam biasa, ramai ibu bapa tidak sedar sehingga sudah terlambat. Antara simptom awal termasuk:
✅ Demam tinggi ✅ Sakit kepala teruk ✅ Mual dan muntah ✅ Leher kaku ✅ Keliru atau halusinasi ✅ Serangan sawan (di peringkat akhir)
Walaupun kes ini jarang berlaku, langkah pencegahan tetap penting untuk diamalkan terutamanya semasa anak bermain air. Antaranya:
🔸 Elakkan anak bermain di tasik, kolam atau sungai yang tidak dirawat. 🔸 Gunakan klip hidung semasa berenang di air tawar terbuka. 🔸 Pastikan anak tidak menyedut atau membiarkan air masuk ke hidung semasa menyelam. 🔸 Pilih kolam renang yang disahkan bersih dan berklorin. 🔸 Pantau keadaan anak selepas berenang—jika demam atau sakit kepala, segera ke klinik.
Semoga kisah ini membuka mata kita semua agar lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak, walaupun dalam aktiviti yang kelihatan biasa.
Kita tak mampu menghalang semua bahaya, tapi kita boleh berusaha mengelaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang guru wanita di sebuah sekolah di Melaka telah diberhentikan sementara daripada tugas mengajar susulan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan suami orang, yang kini hangat diperkatakan warganet di media sosial.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa guru berkenaan masih menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam, sementara siasatan dalaman berhubung kes tersebut dijalankan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak terlibat.
“Kita sudah pun mengambil sikap (langkah) untuk memastikan bahawa siasatan berlangsung, maknanya kita ambil tegas untuk pastikan tiada gangguan dalam siasatan itu.
“Pada ketika ini, dia (guru wanita) itu kita keluarkan (rehatkan) dari sekolah (itu) namun masih menjalankan tugas sebagai kakitangan awam sementara siasatan terhadapnya selesai,” katanya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang juruelektrik berstatus suami orang sehingga menjadi bualan hangat warganet di media sosial.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Perasmian Dermasiswa Pelajar STPM anjuran Farm Fresh Berhad Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, di sini, hari ini.
Fadhlina berkata, pihaknya memandang serius perkara tular berkenaan dan mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan semua guru mematuhi integriti serta etika perguruan yang ditetapkan kementerian.
Katanya, beliau turut memberi jaminan setiap apa yang diadukan mengenai akhlak dan kelakuan guru diambil perhatian sepenuhnya kerana ia membabitkan soal imej seorang pendidik.
“KPM ambil serius (segala isu berkaitan etika guru) baik yang dilakukan secara rasmi (mahupun sebaliknya). Dalam perkara ini, siasatan (sedang dilakukan).
“Kita mengambil tanggungjawab penuh untuk pastikan guru-guru kita ini mematuhi semua integriti dan etika perguruan yang ditetapkan oleh KPM,” katanya.
Media sosial semalam heboh dengan isu berkaitan guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang apabila wanita itu tampil membuat permohonan maaf hingga mendapat kecaman warganet.
Ia susulan perbuatan tidak bermoral guru itu terbongkar apabila beberapa tangkap layar perbualan berunsur lucah dan tidak senonoh antara dia dengan lelaki berkenaan tular di aplikasi WhatsApp.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!