Jodoh, ajal, maut dan rezeki anak semuanya rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Andainya dah ditakdirkan bukan rezeki kita, terimalah dengan hati yang reda.“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

Mungkin kita yang bukan dalam situasi ini senang untuk cakap sabar tapi yang melaluinya saja tahu betapa sedihnya saat kehilangan anak tersayang. Lagi terasa hanya menunggu masa nak dilahirkan saja.

@ciklinnnnHARI LAST HARI BAWAK BBY SYURGA ESOK MAKAN UBAT TUK KLUARKAN AWAK SYG SEMOGA DIPERMUDAHKAN ##fyp ##fypシ ##anaksyurga 17/3-21/3 simpn sini tuk kenangan

♬ Rindu Setengah Mati – Nidza Afham

 “Lima hari anak syurga mama dalam perut”

Menerusi perkongsian di TikTok atas akaun @ciklinnnn, impian untuk menimang cahaya mata sulung tak kesampaian apabila bayi di dalam kandungan disahkan meninggal dunia.

Walaupun hanya beberapa minggu saja lagi dan segala persiapan dah dibuat, qada dan qadar Allah lebih dari segalanya. Sejak awal mengetahui berita ini, hanya air mata menjadi peneman.

@ciklinnnnRindu awk tedng prut maa , 17/3 hari ahad ni baru awak bleh klur dri prut mana walaupon bby dh takda tapi msih ada dlm perut mama mnggal dlm prut ##fyp♬ Pergi – Aizat

 Dah tiada rasa tendangan manja 

Apa yang menyedihkan ibu muda ini, selama 5 hari bayi yang tak bernyawa ini ada dalam rahimnya sebelum proses mengeluarkannya akan dilakukan oleh doktor 21 Mac.

IKLAN

“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

“Terima kasih kerana sudi singgah dalam perut mama, mama bawa perut walaupun awak dah tak bernyawa.

“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

“Dah tiada rasa tendangan manja, mama reda. Hari last bawa baby syurga. Esok makan ubat untuk keluarkan awak sayang..semoga dipermudahkan (17-21 Mac)”

IKLAN
@ciklinnnnEsok msuk hospital ,tuk keluarkan bBy, terima kasih krana sudi singgah dlm perut mama,mama bawak perut wlaupon awk xbrnyawa 17/3/ -21/3##fyp ##fypシ♬ Bila Tiba – UNGU

 Tunggu mama papa di syurga

Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang bersimpati dan semuanya mendoakan pasangan ini kuat. Moga Allah gantikan rezeki yang lain dan cepat menimang cahaya mata kedua.

“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

IKLAN

Walaupun bersedih, ternyata semangat ibu ini kuat. Moga anak syurga ini akan menjadi asbab kedua ibu bapanya masuk syurga.

Menangislah jika itu mampu tenangkan hati

“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

Kredit: ciklinnnn

“Rindu Ketukan Manja Kat Perut Mama. Awak Dah Tak Bernyawa, Esok Hari Terakhir” 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI