Apabila anak mencecah umur setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun, bermakna ibu bapa perlu bimbang. Jangan sedapkan hati kata, nanti oklah tu! Kesilapan ini buatkan kita akan menyesal selepas ini.

Perlu ingat semakin lambat ibu bapa ambil tindakan, semakin lambat rawatan ia akan menambahkan kesukaran buat anak kecil. Secara tak langsung anak akan berdepan pelbagai isu seperti masalah fokus, autisme, kemahiran moto kasar dan saraf.

Justeru, kesedaran ibu bapa terhadap perkembangan anak sangat penting agar rawatan pemulihan dapat dilakukan sebaik mungkin. Seperti perkongsian Jurupulih Pertuturan, Puan Ruby Atika, ibu bapa perlu peka mengenai hal ini.

Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun, Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan!
Gambar Hiasan

Belum bercakap pada usia 2 tahun? Perhatikan perkara berikut:

1) adakah dia bersuara babbling “bababab tatata” atau hanya vocalizing saja “aaaa…eee….”

2) adakah dia menunjuk pada mata, hidung, telinga, rambut, kaki, perut, tangan, pipi, apabila ditanya. Tunjuk secara tepat dan konsisten.

IKLAN

3) adakah dia boleh menunjuk dengan jari, atau dia masih menarik tangan ibu untuk mendapatkan sesuatu.

4) adakah dia suka ibu bapa main mainan sama-sama dengan dia atau dia lebih suka sendirian.

5) adakah dia boleh buat isyarat komunikasi seperti angguk/geleng kepala, tunjuk, bye bye, habis, mana?, Shhh…diam, dengar, tepuk tangan, high 5, flying kiss dan sebagainya.

IKLAN

Tidak bercakap pada usia 2 tahun, ibu bapa mesti segera bertindak. Tak payah tunggu jadi 3,4 tahun.

Kredit: Ruby Atika

Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun, Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan!

IKLAN

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI