Membesarkan anak-anak dalam zaman moden seperti hari ini banyak cabarannya. Anak-anak sentiasa terdedah dengan bahaya. Sama ada yang mengancam keselamatannya mahupun yang memberi kesan kepada emosinya.
Sebagai ibu bapa, kita boleh mencuba sehabis baik untuk menjaga dan memantau keselamatan anak-anak, tetapi ada cara lain yang boleh kita amalkan sebagai satu inisiatif bertawakal kepada-Nya.
Salah satunya adalah dengan mengalamkan membaca doa perlindungan untuk anak-anak seperti yang diajarkan oleh Nabi sendiri. Doa ini dikongsikan oleh penceramah agama, Imam Muda Asyraf di laman Instagramnya.
Ada ketika kita bimbang anak-anak kita bila ditinggalkan. Bagaimana keadaan mereka sewaktu dihantar ke sekolah. Ada juga yang bimbang keadaan anak bila diberi kepada pengasuh. Ada pula yang risau gambar anak mereka dipaparkan di merata tempat dan sebagainya. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik. Tetapi tawakkal kita pada Allah tak pernah luntur. . . Ini Antara doa sunnah yang diajar oleh Nabi SAW buat pelindungan anak-anak kita seperti mana yang di bacakan oleh Nabi Ibrahim AS pada anaknya Ismail dan Ishak.
إن أباكم كان يعود بها اسماعيل واسحاق
“Sesungguhnya bapa kamu (Nabi Ibrahim berdoa) minta perlidungan dari Allah Taala dengan doa ini kepada Ismail dan Ishak. Dengan doa:
أعود بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامه ومن كل عين لامة
Ads
A’udzu bikalimatillahi at-tammati min kulli syaithan wa haamihi wa min kulli ‘ainin laamah
Artinya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Alquran, Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya) dari segala ancaman Syaitan dan segala bahaya binatang berbisa serta segala kejahatan mata (penyakit ‘ain).
Untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak, banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan. Antaranya keluar mencari nafkah dan kedua-dua ibu ayah perlu bekerja. Jadi kita terpaksa membuat pilihan untuk menghantar anak ke taska, tadika mahupun sekolah.
Jika berasa risau dan gusar, seeloknya amalkan doa ini untuk memohon perlindungan dari ALLAH SWT sebagai usaha untuk memohon anak-anak sentiada dalam keadaan selamat.
Rupanya otak kanan rahsia anak pintar. Namun ada segelintir ibu bapa mungkin tertanya kenapa anak-anak rakan mereka lebih bijak berbanding anak mereka walaupun menghadiri tadika yang sama.
Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak perlahan, anda boleh melakukan proses keupayaan pembelajaran untuk perkembangan intelektual semasa anak membesar. Malah, proses ini ada hubungan kait dengan peranan otak kanan.
Untuk melakukan proses rangsangan ini, anda perlu memahami bagaimana fungsi otak kanan dan kiri serta bagaimana merangsang otak ini dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai. Berikut adalah maklumat yang perlu anda fahami, seterusnya lakukan aktiviti-aktiviti rangsangan untuk anak anda!
Sebenarnya penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari manusia sememangnya menggunakan otak kiri. Justeru, anda perlu merangsang otak kanan!
a)Fungsi otak kanan:
-Imaginasi
-Berfikir secara kreatif
-Irama
-Khayalan
-Emosi
-Ilham
-Intuisi (gerak hati)
-Warna
-Muzik
-Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif
*Otak kanan digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory). Otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya
b) Fungsi otak kiri:
– Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
– Menyimpan data dan fakta
– Menganalisis
– Memahami logik, bahasa dan matematik
– Mengira
*Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).
Bagaimana rangsangan otak kanan?
Dikatakan bahawa kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih pandai, cerdik dan positif. Di nasihati, melakukan rangsangan seawal usia enam bulan. Dengan latihan awal, mudah untuk mendidik kanak-kanak menggunakan otak kanan.
Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri, tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya. Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Cara otak berfungsi
Antara fungsi otak ialah menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Dengan itu, semasa melakukan aktiviti rangsangan, otak akan memainkan fungsinya. Jadi anda mesti melakukan dengan penuh yakin dan bersemangat dengan niat untuk mendidik anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan lupa setiap aktiviti mesti disulami dengan nilai-nilai Islam kerana otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat.
Lakukan di rumah!
Kini, ramai ibu bapa moden, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya. Tidak mengapa bagi yang mempunyai lebihan bajet. Bagi yang ingin melakukan di rumah, teruskan usaha anda asalkan cara rangsangan itu betul.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
-Logik
– Kreativiti
– Keyakinan diri
– Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
– Perkembangan kemahiran tangan
– Pandai meluahkan emosi
-Koordinasi tangan dan mata
– Membentuk personaliti
– Menghargai kecantikan
Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?
Tahukah anda bahawa aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
1.Tanah liat (contoh: pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)
2.Origami / lipat kertas (contoh: lipatan kapal terbang)
3.Menggunting ( contoh:garisang lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar menarik di surat khabar atau majalah)
4.Masukan manik dalam benang/ tali dalam straw minuman (contoh: manik bersaiz besar dan kecil)
5.Melukis/ cat air (contoh: lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.)
6.Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita tu.
7.Main teka-teki dengan anak. ( Letak satu barang dalam kotak/ bekas tisu, suruh anak teka barangan tersebut. Teka bentuk atau warna).
8.Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
*Tempoh membuat aktiviti ini tidak perlu lama untuk mengelak anak bosan. Anggaran masa setengah jam.
Pemakanan genius
Selain daripada rangsangan, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.
1.Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik.
Sumber makanan: Soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.
2.Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak.
Sumber makanan: Kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.
3. Antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak.
Sumber makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sembunyi-sembunyi untuk pergi kerja memang biasa dilakukan oleh mommy daddy kan? Tapi dalam hati tu Tuhan sahaja yang tahu sedihnya nak tinggalkan anak pergi kerja.
Nad Zainal juga mengalami situasi ini. Semalam dia telah berkongsi video bagaimana anaknya, Fahad Ibrahim, 2 tahun atau Yem menangis apabila mendapati mommy nya ‘hilang’. Bagaimana pun Yem telah ditenangkan oleh daddy nya.
Perkara itu sempat dirakamkan. Tangisan anak kecil amat meruntun hati ibu-ibu. Dilema ibu antara anak dan komitmen kerjaya serta tugas memerlukan kecekalan hati dan ketabahan.
Para follower Nad juga berkongsi hal yang sama dan memberikan tip kepada ibu muda ini agar tabah menghadapi situasi ini. ada yang memuji kecekapan suami Nad memujuk dan menjaga Yem dan tip menenangkan hati ketika melalui keadaan ini.
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza-beza. Bukan sahaja dari segi tumbesaran mereka, malah perkembangan lain seperti emosi, mental dan pembelajaran juga tidak sama.
Sebagai ibu bapa, sebaiknya janganlah pernah membandingkan apa yang anak kita belum capai dengan anak orang lain yang mungkin progress nya lebih mendahului.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang bercakap tentang bila anak nak bercakap? Menurutnya perkembangan anak berbeza-beza mengikut umur dan lain-lain.
Apa yang disarankan adalah supaya mak ayah kena banyak bercakap dengan anak-anak supaya anak dapat tiru dan ikut bercakap.
Kalau nak bercakap pula perlulah jelas dan tidak pelat. Banyak lagi tip yang diberikan oleh Dr Izzar untuk mak ayah ikuti untuk bantu anak bercakap dengan betul seawal usia.
Dia juga turut berkongsi anaknya Ayra juga sudah boleh bercakap dan menggabungkan perkataan.
BILA ANAK NAK BERCAKAP??
Bercakap ni merupakan salah satu dari komponen perkembangan anak. Perkembangan bercakap untuk anak ni berbeza-beza mengikut umur dan lain2 baik anak2 lain. So, jangan nak compare2 anak kita dengan anak orang lain. Kalau orang lain start compare memang sakit hati kan?
Nak tolong anak biar anak bercakap ada banyak cara. Antaranya kita sebagai parents sendiri kenala selalu bercakap dengan anak. Biar anak tiru dan ikut kita bercakap.
Kalau parents bercakap tu, cakapla perkataan betul2 dan jelas. So anak ikutlah. Kalau parents cakap pelat atau bahasa baby yang tak faham tu, anak pun ikutlah sekali.
Bila anak bercakap sendiri, kita puji dia banyak2. Buat dia happy n bersemangat nak bercakap lagi.
Kurangkan masa dia main gajet atau tengok tv. Ni bergantung sebab ada yg lagi banyak bercakap kalau tengok upin ipin or cocomelon sebab dia ikut. Ada yang diamm je tengok. Tu tak bagusla.
Lagi bagus, kenala interaktif. Kenala nyanyi2, tunjuk gambar2 etc. Parents kenala kreatif.
Ayra sekarang dah boleh cakap n gabung perkataan dah. Menari pun suka. Alhamdulillah. #drizzarshares
Ni saya tengah guna buku belajar interaktif dari @mybababaa. Boleh belajar perkataan dalam bahasa Melayu, English, dan juga Mandarin. Belajar perkataan sambil ada gambar sebagai contoh perkataan tu.
Kalau u guys perasan, Ayra dapat kaitkan perkataan ‘oval’ dengan bentuk oval kolam dalam gambar tu. First time tu. Memang membantu dalam perkembangan,” tulisnya di Instagram
Dr Izzar dan Ummi Nazeera melangsungkan perkahwinan pada 3 Ogos 2017. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018
Apa yang dikongsikan oleh Dr Izzar boleh dijadikan panduan oleh ibu ayah yang lain untuk bantu anak-anak yang masih kecil untuk bercakap. Yang penting ibu ayah kena jadi kreatif dan kurangkan masa anak-anak dengan gajet atau menonton televisyen.
Sumber: Dr Izzar Anwari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.