Isu keselamatan anak kerap timbul akhhir-akhir ini. Perunding keibubapaan ini berkongsi tentang tanda-tanda yang boleh ibu bapa lihat pada anak sekiranya ada sesuatu tidak kena berlaku di taska, tadika atau di rumah pengasuh.
Puan Noor Afidah Abu Bakar telah berkongsi tentang tip dan info mengenai keselamatan anak di taska dan ketika bersama pengasuh. Ia menyentuh tentang isu penderaan dan salah laku yang dilakukan kepada si kecil yang boleh ditangani daripada awal lagi.
Berikut ialah perkongsian beliau;
CHECKLIST BUAT IBU BAPA DAN PENJAGA TENTANG KESELAMATAN ANAK.
Pemilik, pengusaha, pengasuh dan pendidik di taska, tadika, pusat perkembangan kanak-kanak dan sekolah yang bertanggungjawab adalah:
1) Mereka yang dengan pantas akan memberitahu ibu bapa jika sesuatu kecederaan atau kemalangan berlaku kepada anak-anak di bawah jagaan mereka.
2) Mereka tidak menyembunyikan walaupun kecederaan atau luka yang ringan pada anak-anak.
3) Mereka tidak tunggu sehingga ibu bapa bertanya kenapa ada luka-luka atau lebam-lebam di badan anak.
4) Mereka tidak tunggu sehingga ‘dikantoikan’ oleh ibu bapa atau penjaga barulah tergagap-gagap hendak mencari punca.
5) Mereka mempunyai polisi yang jelas tentang perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di premis mereka yang dikongsi dan dihebahkan kepada ibu bapa ketika pendaftaran.
6) Mereka memastikan ibu bapa faham akan polisi ini dengan meminta ibubapa menandatangani surat sebagai pengesahan.
Ads
7) Mereka sentiasa peka tentang kebajikan, kesihatan dan keselamatan anak-anak di bawah jagaan mereka.
8 ) Mereka sentiasa memantau aktiviti anak-anakbagi memastikan keselamatan fizikal, emosi dan mental anak-anak di bawah jagaan mereka terjaga.
ADAKAH TASKA/TADIKA/SEKOLAH ANAK ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI DI ATAS?
Pengasuh dan pendidik di taska, tadika dan pusat perkembangan kanak-kanak yang mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka terdiri daripada:
1) Mereka yang percaya bahawa kanak-kanak perlu disakiti dan dicederakan sebagai kaedah untuk mendidik.
2) Mereka yang percaya hanya hukuman fizikal yang paling sesuai dan efektif untuk mengubah tingkah laku anak.
3) Mereka yang membesar atau tinggal dalam persekitaran yang ganas dan tidak harmoni.
4) Mereka yang menggunakan kaedah yang sama ke atas anak-anak kandung/tiri/angkat mereka sendiri di rumah.
Ads
5) Mereka yang tidak tahu kaedah lain selain hukuman fizikal.
6) Mereka tidak faham perkembangan kanak-kanak.
7) Mereka tidak melalui latihan yang sepatutnya dan secukupnya tentang penjagaan, pendidikan, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.
8 ) Mereka yang tertekan atau mengalami masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan.
4 CIRI IBU BAPA PERLU CURIGAI
SANGGUPKAH ANDA MELETAKKAN ANAK-ANAK DI BAWAH JAGAAN MEREKA?
IBU BAPA:
Ads
1) Jika anak dengan KONSISTEN tidak suka ke taska, tadika atau sekolah, siasatlah dulu kenapa. Janganlah terus dipaksa anak juga hanya kerana anda sudah lewat ke tempat kerja atau kerana anda perlu bekerja.
2) Jika terdapat luka-luka dan lebam pada badan anak tetapi pengasuh atau pendidik tidak memberitahu anda ataupun tidak tahu kenapa, maka anda perlu merasa curiga.
3) Jika anak menceritakan sesuatu yang tidak baik berlaku di taska, tadika atau sekolah, jangan terus didiamkan anak. Wujudkan juga rasa curiga dan tertanya-tanya dalam diri untuk menyiasat.
4) Jika anak anda berkelakuan ganas atau menuturkan perkataan yang tidak elok, pantaulah juga keadaan dan budaya di taska/tadika kerana anak-anak akan meniru perbuatan yang mereka lihat dan dengar.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai topik ‘Trauma’ jangan lupa tonton Pa&Ma esok, 4 September 2018. jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak info serta perkongsian daripada pakar dan ibu bapa akan dibawakan kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak bila anak menginjak usia 1.5 ke atas kadang-kadang kita tengok dia takut bila dengan orang ramai. Bukan itu sahaja bila nak berkawan pun dia lebih rela tengok dari jauh.
Lagi satu sikap anak, bila suruh itu ini, alasan diberi takutlah. Kenapa anak kita sampai tahap macam ni?
Menurut Pakar Kekeluargaan dan Keibubapaan, Dr Rozieta Shaary (Ibu Rose) sikap ibu bapa sebenarnya buat anak jadi macam ni dan mungkin ramai yang tak perasan. Berikut perkongsiannya
Banyak jer Ibu terima keresahan ibu bapa mengenai perkara ini.
Ibu nak jawab soalan itu di sini, tapi kali ini jawapan Ibu tidak secara direct. Ibu nak beritahu mengenai bagaimana, anak-anak membesar tanpa konfiden. Semoga ramailah yang dapat mengelak keadaan ini dari berlaku. Dan dapat share dengan kawan-kawan juga mengenai perkara ini.
Kita nak melahirkan generasi yang kuat semangat, bijak, KONFIDEN, tapi kita tak faham akan satu perkara yang sebenarnya merupakan salah satu punca anak-anak membesar dengan tiada keyakinan diri. Tidak konfiden. Asyik-asyik takut itu dan ini. Berkawan pun takut, nak jawab soalan cikgu pun takut, tapi kalau kat rumah, kadang-kadang cakap mak ayah dilawannya dengan kasar!
Cerita bermula pada anak baru 6 bulan…
Anak kecil 6 bulan begitu akan suka memasukkan benda ke dalam mulut. Mungkin dah ramai ibu bapa faham bahawa ini adalah satu fasa dan cara anak itu belajar mengenal barang tersebut. Melalui merasai dengan lidah, Gustatory.
Persoalannya bagaimana nak elakkan anak dari memasukkan benda yang bahaya atau kotor ke dalam mulutnya?
Kalau orang dulu-dulu dia rampas sahaja atau pukul tangan anak kecil itu sebagai satu usaha nak memberitahu anak kecil itu bahawa dia tak boleh ambil benda itu.
Ramai sahaja ibu bapa hari ini yang ikut sahaja cara itu tanpa sedar sebenarnya, cara itu menanam rasa tidak selamat ke dalam diri anak dan menghilangkan keyakinan dia boleh berjaya melakukan sesuatu dari dari anak itu.
Lagi kuat semangat anak itu hendak mengambil, lagi kuat pukulan diberi. Tujuannya baik…nak selamatkan anak. Hasilnya?
Hasilnya nampak macam yang diharapkan, sebab anak berhenti berusaha tetapi apa yang ibu bapa itu tidak tahu, anak itu mula curiga dengan kemampuan. Mula patah semangat. Sebab sakit dipukul, anak itu belajar untuk tidak mahu melakukannya kerana akan sakit dan tidak sebenarnya tak mampu.
So nak buat apa Ibu? Tak kan nak biarkan sahaja. Kan bahaya tu?
Ada tiga jalan penyelesaian yang mudah dan bijak.
1- CHILDPROOF RUMAH ANDA. Pastikan susun dan hias rumah anda tanpa ada benda bahaya yang mudah dicapai.
-Pada usia anak begini, pastikan plug tersorok, selipar dalam rumah diletakkan di tempat yang dia tidak boleh capai. Jangan ada tutup meja yang dia boleh capai dan tarik dan boleh mengakibatkan benda besar jatuh.
2- Jika tersedar anak hendak ke tempat yang bahaya, ALIH PERHATIANnya dan panggil dia untuk mendapatkan benda lain yang juga akan menarik minatnya dan sedikit mencabar untuk dia dapatkan tetapi selamat.
Kenapa perlu sesuatu yang mencabar kerana anak pada usia ini sedang uji kemampuan dia dan dia mahu rasa berjaya. Jika asyik dilarang sahaja, nanti anak itu akan meragui kemampuannya.
3- PUJI dia bila dia beri benda yang tak selamat itu dan beritahu ‘yang ni bahaya sayang!’ – walaupun anak itu belum betul-betul faham, kita katakan untuk menanam rasa selamat. Anak pada usia ini perlu rasa selamat untuk membesar dengan baik.
Ketika bayi berumur 8 bulan, otak mereka punyai 1,000 trillion connections. 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun.Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak-kanak. Seterusnya alam dewasa. Kecuali mereka yang menjaga otak.
Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan.
Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
MENGAPA TIDAK BOLEH KERAP MENGGUNAKAN JANGAN DAN TIDAK?
1.Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
2.Anak ini mengalami pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orangtua atau saudaranya.
3.Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
4.Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
5.Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mengenal hal-hal baru dalam hidupnya.
APA YANG HARUS DILAKUKAN IBU BAPA LAKUKAN?
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak”pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
1.Anak aktif
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang pecah belah serta alat-alat elektronik.
Sediakan ruangan bermain khusus untuk anak.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknye bermain. Selepas bermain didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
3.Penuhi keperluan stimulasi anak
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermaina dengan barang permainannya.
Waktu yang tepat
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!